Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Monday, February 28, 2011
American Chocolate Cake
Salam semua,
Saya sekeluarga memang penggemar kek coklat. Sudah sekian lama sebenarnya saya menyalin resepi ini tapi tidak berkesempatan sehinggala saya terpandang paparannya sekali lagi di blog Mamasya. Resepi yang boleh dikatakan "evergreen" ini saya eksperimenkan beberapa hari lepas,.....alhamdulillah hasil yang sungguh memuaskan, lengkap dengan segala kemewahan rasa coklatnya membuatkan sesiapa saja begitu asyik menikmati keenakkannya.
Saya sangat sukakan tekstur kek ini, tidak kering, lembap seakan akan brownies. Juga sukakan rasa nescafe yang diadunkan bersama dan rasa manis yang tidak keterlaluan.
Kek ini amat mudah disediakan, cubalah lihat resepi dan cara penyediaannya, sesiapa saja pasti akan berjaya membuatnya, insyaALLAH…… Adalah lebih baik kek ini disediakan sehari sebelumnya bagi memudahkan proses membuat hiasan frostingnya dan rasanya juga lebih enak jika disimpan semalaman.
Kek ini dibuat sebagai memenuhi permintaan keluarga yang sudah lama meminta saya membuatkan kek coklat. Untuk hiasan yang ringkas, saya cuma panaskan kepingan coklat masakan beserta sedikit susu cair dan butter, curahkan ke atas kek dan taburkan chocolate rice, hmmmm nyum nyum.....alangkah nikmatnya....
Jika anda juga penggemar kek coklat seperti saya sekeluarga dan ingin mencuba resepi ini, di bawah ini saya cp resepinya dari blog Mamasya, terimakasih buat Mamasya yg tidak jemu2 menyediakan dan mempromosi kek ini dan juga kepada yang empunya resepi kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.
American Chocolate Cake
Sumber : Ninie copy dr FP Zahara
BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Method
Mix all together in a bowl.
and bake for 45 minutes..
Ini yg Mamasya buat :-
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.
***Satu lagi kalau nak elok potong kek ni guna pisau plastik..
Saturday, February 26, 2011
Roti Lapis Berdaging
Salam semua,
Kecur air liur ini bila terpandang resepi yang ditayangkan di rumah Kzai Dapurcomel, nampak tersangatlah membangkitkan selera. Memang sudah lama saya pendamkan hasrat di hati untuk mencuba resepi yang menarik ini.
Maka, hari ini terlaksanalah niatku itu. Lapis Roti Berdaging ini juga dibuat sebagai bekalan pulang ke kampung untuk meneruskan aktiviti yang belum berkesudahan iaitu aktiviti mengecat rumah lama. Tak taulah bila agaknya akan selesai kerana hanya di hujung minggu sahaja kami berkesempatan pulang, buatnya pun sedikit demi sedikit.
Resepinya saya copy paste dari blog Kzai, jika ingin melihat gambar yang lebih cun, sila klik Dapurcomelku....... Terimakasih juga diucapkan kepada penyumbang resepi ini, Umie@MyR.
Lapis Roti Berdaging
Sumber: Umi e@MyR
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9. Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10.Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
Memang sedap roti ini. Sekali pandang macam lasagna pun ada juga, kan?
Thursday, February 24, 2011
Ikan Siakap Masak Kicap
Salam semua,
Ikan siakap adalah ikan kegemaran saya. Bila terpandang resepi ikan masak kicap di dapur Nurindah, terus cepat2 saya copy dan hari ini terlaksanalah sudah satu resepi mudah tetapi menjadi kegemaran seisi keluarga ini. Saya letakkan 5 sb cili kisar sebab saya sekeluarga memang sukakan masakan yang agak pedas kecuali anak bongsu ku aja. Untuk dia, kena masak masakan yang bersup dan tidak pedas.
Ikan Masak Kicap - Resepi asal dariMYResepi Terimakasih semuanya ya.
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia - dimayang halus
1/2 cawan kicap manis
1 sudu teh cili kisar/cili boh - sy letak 5 sb
garam secukup rasa
air dan minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar dimayang
Cara-cara
1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
3. Masuk serai, bawang hiris, cili merah dan hijau, tumis hingga naik bau. Masukkan bahan bahan kisar. Tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.
Tuesday, February 22, 2011
Brownies Lapis Cheese Kukus
Salam semua,
Ingin membuat brownies??? Apa kata kita bersama sama membuatnya...... Terdapat berbagai bagai koleksi brownies yang mudah diperoleh dari internet... dan yang ingin saya sajikan hari ini adalah resepi brownies yang telah dan masih hangat ditayangkan di rangkaian blog masak memasak iaitu brownies kukus lapis cheese. Sebenarnya telah lama saya pendamkan hasrat utk membuat brownies ini. Buat brownies ini juga adalah disebabkan ingin membalas bekas jiran sebelah yang menghantar lauk pauk kenduri masa Chinese New Year lepas.
Kombinasi rasa coklat dan keju yang lemak ini adalah sangat serasi ditambah pula dengan teksturnya yang agak lembab menjadikannya begitu istimewa dan tidak jemu dinikmati oleh sesiapa saja. Sekiranya anda penggemar brownies yang asalnya dari New England, US ini semestinya juga anda menggemari brownies ini.
Seringkali brownies dianggap sebagai kek kerana cara penyediaannya yang dibakar di dalam dulang kek dan rasanya yang seakan akan kek. Brownies yang paling sedap selalunya dicampurkan dengan berbagai jenis kekacang terutamanya walnut. Dewasa ini byk chef lebih kreatif dengan mencipta resepi brownies yang meletakkan berbagai bagai bahan spt choc chips di dalamnya bagi mempelbagaikan citarasa dan menambah keenakkannya.
Kepada yang masih belum mencuba dan ingin mempelbagaikan citarasa, apa kata anda mencuba resepi brownies ini, anda pasti tidak akan menyesal. Di bawah ini saya perpanjangkan resepinya yang saya perolehi dari MYR Mrs Dayat. Terimakasih ya.
Brownies Lapis Cheese Kukus
Bahan-bahan ( loyang 4segi 10" )
*500g campuran brownies kukus (premix)
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat
**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air
nota:premix brownies tu bule cari kat kdai baking supply)
Cara-cara
campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
**untuk inti**
campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)
##cara lapis##
masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar
Brownies dengan pelbagai gaya untuk sessi fotografi semestinya hanya di SdeC......heheheheh..... Silakan menjamu selera......
Saturday, February 19, 2011
Ayam Ungkep
Salam semua,
Hari ni tetiba aja terlintas dalam hati ni nak masak ayam masak ungkep, padahal tak salin pun dari mana mana lagi. Jadi, tak mahu nak menghampakan hati sendiri,
saya punj google la kat internet cari resepi tu. Dan terjumpala kat MYResepi, resepi sumbangan FidaDaud. Kata orang masakan ni masakan orang Jawooo. Kalau menu jawo ni
kenala tanya orang orang yang dok kat selatan nunnn, mesti depa pandai, kalau tanya kita yang kat Penang ni, nasik kandaq sajala yang kita tau………hehehehe. Baguih jugak cuba resepi ni untuk sesuatu yang berlainan.
Senang sangat masak ayam ni, ringkas jer bahan bahannya tapi sedap. Anak yang kecil pun boleh makan sebab tak pedas langsung. Terimakasih diucapkan kepada tuanpunya resepi.
Ayam Masak Ungkep
Bahan-bahan ( 10-12 orang )
1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
3 sudu makan gula
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis
3 biji ubi kentang - dipotong wedges dan digoreng - yg ni saya tambah
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
Tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
Apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
Masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air. Gaul lagi.
Tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat. Terakhir, masukkan ubi kentang goreng dan gaul rata.
P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.
Thursday, February 17, 2011
Basic Muesli Slice
Salam semua,
Saya bukanlah seorang penggemar kudapan ini, malahan ini adalah percubaan pertama saya. Pertama kali merasainya, saya tahu bahawa saya telah jatuh cinta pada rasanya
yang bukan sahaja boleh dikatakan sangat sedap tetapi juga suatu hidangan yang sihat. Kanak kanak pasti akan menyukainya. Terimakasih diucapkan kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini, saya pasti akan ulangi membuatnya lagi………. Kalau boleh dicadangkan kudapan ini sangat sesuai dihidangkan di majlis jamuan ringan terutamanya majlis harijadi.
Untuk campuran kekacang, saya campurkan badam dan gajus mengikut stok di dapur kecil saya. Dan madu pula saya gantikan dengan gula yang dipanaskan bersama sedikit air menjadikannya sirap yg agak pekat dan diadun bersama bahan bahan lain. Cuma mungkin sedikit kesilapan saya bilamana cecair yang dibuat agak berkurangan menyebabkan kudapan ini agak berderai bila dipotong. Walaubagaimanapun, rasanya tetap enak dan rangup bila dimakan.
Kepada CMG, terimakasih berbanyak diucapkan.
BASIC MUESLI SLICE
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star @ campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil - sy guna badam dan gajus40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optional)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu sy ganti 5sb gula + 5sb air dikacau hingga pekat
CARA MEMBUATNYA :-)
Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan
masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....
Tuesday, February 15, 2011
Brokoli Goreng Bawang Putih
Salam sejahtera semua,
Masa dok mencari resepi ayam ungkep, terjumpa juga resepi brokoli goreng bawang putih kat rumah Pn Raidah. Baru teringat yang kat dalam petiais ada brokoli yang belum dimasak, dah banyak hari jugakla saya membelinya. Jadi, elok sangatla terjumpa resepi ni, boleh la dicuba sebelum brokoli tu bertukar kaler jadi kuning ke, hitam ke, etc etc. Tapi terdetik pula dalam hati resepi ni tak der daging, nanti tak berapa jalan la pulak kat rumah kita sebab anak2 ni kalau sayur cam gitu aja, dia orang tolak tepi ler, jenuh lak kita nak menghabihkannya. Jadi, nak memerangkap anak2 dan hubby supaya makan brokoli ni, saya derhaka la sikit kat resepi ni. Saya tambahkan ayam yang dipotong kecil kecil, mesti diaorang suka.
Hmmm, alhamdulillah akhirnya terjerat jugak diorang, habih jugak la brokoli goreng bawang putih berayam tu………… baguih jugak taktik ni kan, kan, nanti leh la praktikkan selalu….keh keh keh….
Memang sedap brokoli ni, saya suka makan meratah begitu saja. Terimakasih diucapkan kepada Pn Raidah.
BROKOLI GORENG BAWANG PUTIH
200g brokoli
5 ulas bawang putih ~ potong dadu
1 sudu besar pes bawang(resepi~sila lihat di bawah) - sy tumbuk 1 biji bawang besar dan 1 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
Garam
Air
1 sudu besar minyak.
Cara penyediaan:
1. Potong brokoli dan bersihkan.
2. Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
4. Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
5. Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.
Resepi Pes Bawang juga dari rumah Raidah
Bahan-bahan:
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara saya menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Pes ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.
Sunday, February 13, 2011
Pizza Gebu
Salam semua,
Saya sangat menggemari pizza terutamanya yang dihasilkan sendiri menggunakan kaedah tradisional.....uli pakai tangan ler…hahahaha, lagipun saya takder Bibik Malaya. Mengguli menggunakan tangan juga ada kelebihannya. Bagi saya, kaedah ini dapat menarik perhatian anak2 agar mereka gemar ke dapur sekaligus merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. OK lah, kita ke eksperimen selanjutnya ya. Resepi yang menarik kali ini saya perolehi dari dapur CMG.
Ianya ternyata sangat sedap terutamanya anak2 sangat menggemarinya. Doh pizza ini sangat gebu dan lembut. Untuk toppingnya, saya menggunakan sosej dari jenama "Ramly" , taburan cili merah dan hijau mengikut stok yg ada dan parutan keju cheesedale. 2 biji pizza saiz sederhana yang dihasilkan licin dalam sekelip mata, begitulah gambaran tentang keenakkan pizza gebu ini. Mungkin di lain kali saya boleh lebih kreatif dengan menghasilkan pizza dalam saiz yang lebih kecil, iaitu saiz personal dan meletakkan topping yang lebih menarik dan menyelerakan.
Dulu dulu saya seringkali menempah samada dari Pizza Hut atau pun Dominos Pizza.
Hari ini, pizza dapat dihasilkan dengan mudah dan sempurna dengan bantuan teknologi terkini yang begitu canggih, semuanya di hujung jari anda…… nah apa ditunggu lagi…….cubalah resepi ini sekarang .....ceeewaaaah promosi sakan nih. Yang pastinya, saya juga akan ulangi membuat pizza ini lagi dan lagiiii kerana anak2 sudah mula mendesak.......waaaaaaaaa tempahan dari anak2 sudah kerap mendatang....jenuhlah mama nak menguli pizza waaaaaaaaaaaa.......
Resepinya saya cp dari blog CMG. Tks yer Cik Mat.
PIZZA GEBU
BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PIZZA :-)
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas - sy ganti tomato segar 3 biji didadu
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering - tak letak
1/2 camca teh herba oregano kering - tak letak
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega - sy ganti marjerin cair
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong - sy guna jenama "ramly"
4 hirisan gegelang red capsicum - sy ganti dgn cili merah dadu
4 hirisn gegelang yellow capsicum - tak letak
4 hirisan gegelang green capsicum - sy ganti dgn cili hijau dadu
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun - tak letak
20 biji jeruk capers - tak letak
175 g keju mozzarella, hiris nipis2 - sy ganti dgn cheesedale potong btg mancis
1. Black Olive 2. Green Olive 3. Jeruk Capers
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK SOS PIZZA :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Friday, February 11, 2011
Pla Lui Suan
Salam Jumaat yang mulia,
Tu diaaaa, nama resepi kali ni. Naik tergeliat jugak la lidah ni nak menyebutnya, tapi la ni dah ok dahhhhhhh, orait, amacam akak dah pass sebutan resepi ni tauuuuu. Itu tandanya resepi ni dah menjadikla ni.....keh keh keh. Resepi mai nun jauh dari Siam....
Nampak bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan pla lui suan ini agak sedap. Jadi tak mau ketinggalan menerai masakan ini untuk hidangan tengahari. Resepi amik dari rumah Hana Hana lak amik dari rumah KNor. Terimakasih ya Hana dan Knor.
PLA LUI SUAN
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong - yg ni tak letak sbb tak der3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai@Nam Prik-Pow - sy ganti dengan cili giling digoreng sebentar dengan gula pasir
Cara-cara
> Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
> Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
> Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
> Boleh la dihidangkan.
Memang sedap banget ikan ni. Buatnya mudah dan sedap lagi……..lain kali nak buat lagi dan lagi……..Tks ya Hana dan tuanpunya resepi.
Wednesday, February 9, 2011
Kek Ubi Kayu
Salam semua,
Semalam, buat kerja kerja perkebunan sikit kat belakang rumah. Adala sikit tanah sekangkang kera untuk bercucuk tanam. Saya tanam sedikit sebanyak pokok2 keperluan masakan saya sehari hari seperti pokok kari, pokok serai, pokok limau purut, pokok kunyit, daun pandan dll. Alhamdullilah, semua pokok yang ditanam menjadi dan tumbuh. Ada gak jiran jiran kiri kanan dan yang jauh datang mengambik daun daun ni. Syukur, alhamdullillah, dapat juga pokok pokok ni berbakti untuk masyarakat setempat. Ada yang siap wat masakan berniaga lagi……..Tak apala, ambik la selagi pokok itu masih hidup, saya tak kisahpun, mmg niat tanam pun untuk kegunaan semua orang. Jangan ambik dengan pokok2nya sekali udahhhhh hehehehe.
Pokok ubi kayu pun salah satu yang ditanam jugak. Nampak tanah merah dah merekah kerana ubi menonjolkan dirinya. Jadi saya pun suruh la hubby cabutkan, takut kalau lama lama nanti jadi kayu lak, langsung tak leh makan. Alahai, bila cabut dapat la sebiji yang besar dan dua lagi kecik kecik, itupun yang besar tu dah nak jadi kayu dah…… Sebenarnya batang pokok ubi kayu ni diberikan oleh jiran berhampiran jugak sebab katanya ubi kayu tu ubi kayu pulut, liat dan sedap jer bila memakannya.
Ubi kayu ni saya buat kek sebab pernah ternampak ada orang wat kek ubi kayu. Saya gunakan resepi kek ubi kentang dari dapur Izah untuk menghasilkan kek ubi kayu ini. Derhaka la jugak kat resepi tu sebab saya pi tambah ovalette dan baking powder. Lembut dan sedap aja kek ni. Terimakasih kepada tuanpunya resepi dan Izah kerana sudi berkongsi resepi ni.
KEK UBI KENTANG - DAH JADI KEK UBI KAYU
Bahan2:
250gm kentang (direbus dan lenyek) - sy ganti dengan ubi kayu
250 susu segar
4 bj telor
200 gm gula pasir
200 gm tepung gandum
50 gm butter dicairkan
saya tambah sedikit essence vanilla
1 sb ovalette dan 1 sk baking powder - yg ni Kak Wattie tambah
Crumble: (saya tak buat yang ini)
1 cwn gajus
1/3 cwn gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 cwn butter
1/3 cwn tepung
Satukan semua bahan dlm mangkuk dan gaul sebati
Cara:
1. Kentang digaul dgn susu sehingga rata
2. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung, butter dan adunan kentang, kacau rata dan sebati
3. Masukkan separuh adunan ke dlm loyang 9x9, taburkan separuh crumble dan tuang lebihan adunan lagi dan akhir sekali taburkan lebihan crumble tadi
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga kuning pada suhu 180C
Monday, February 7, 2011
Skewer Udang / Satay Udang
Salam semua,
Masa menonton rancangan Sarjan Saji, Chef Kamarul menyediakan skewer udang atau juga dipanggil satay udang ini. Senang sangat cara menyediakannya. Nampak pun macam sedap, jadi hari ni saya try buat.
Memang sedap skewer ini, makan panas panas bersama sosnya, tapi saya tak buat sosnya cuma cicah dengan sos cili saja.
Kepada yang inginkan kelainan di dalam menyediakan juadah satay, resepi udang ini memang sangat molek untuk dicuba. Di bawah ni saya letakkan resepinya, salin pakai agak2 aja sebab tak sempat. Kepada yang ingin mencuba pandai pandai la korang adjust ya.
SKEWER UDANG / SATAY UDANG
Bahan-bahannya
15 ekor udang saiz sederhana
2 sb tepung gandum
1 biji telur - dipukul sedikit
Bijan dan biji sawi secukupnya (digaul rata)
Lidi satay
Sedikit serbuk paprika, lada sulah dan garam
Cara-caranya
1. Udang dibuang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya sahaja.
2. Taburkan serbuk paprika, lada putih, garam dan gaul rata.
3. Cucuk pada lidi satay secara memanjang.
4. Celup udang ke dalam tepung, kemudian ke dalam telur dan terakhir ke dalam bijan dan biji sawi yang telah digaul rata.
5. Goreng di dalam minyak terendam hingga warna kuning keemasan.
6. Sedia dimakan bersama sos.
Sos Cicah Skewer Udang - sy tak buat sos ni
1 batang bunga kantan
3 sb soso cili
3 sb sos tomato
1 1/2 sb sos cili thai
1 1/2 sb minyak bijan
Cara-caranya
Panaskan minyak dan masak semua bahan. Jika pekat boleh ditambahkan air.
Saturday, February 5, 2011
Siakap Bakar Berempah Woku
Salam semua,
Hari ni nak makan ikan bakar lagi….. Semalam gi makan kat restoren ikan bakar satu famili, hari ni masih terasa rasa lagi akan kesedapannya. Nampak resepi ni kat rumah Hana tp Resepi asal dari rumah Ummi Zaihadi dan yang menyumbang resepi ni Majalah Sedap . Memula tu bila tengok bahan bahannya rasa cam malas jer nak buat sebab banyak sangat, tp bila dah buat tak ler banyak mana pun, nampak jer bergerun.
Memang ternyata sedap ikan bakar ni,sesedap namanya, hingga menjilat jari. Semua makan nasi dengan ikan bakar ni jer, lauk lain semua tak terusik. Nanti akan buat lagi, insyaAllah.
SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)
Majalah sedap
Bahan-bahan
2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - sy guna ikan merah 5 ekor2 sudu teh air perahan limau nipis
1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya - saya tak letak sebab takder
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong - yg ni pun terlupa nak letak
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah - sy guna cili padi hijau dan cili merah biasa sbb yg tu jer yg ada5 biji buah keras - bakar kejap - sy tak bakar pun3 cm kunyit hidup - bakar - sy tak bakar2 cm halia
Bahan Pelengkap - yg ni saya Cuma letak cili padi dan cili merah jer
Daun senduduk secukupnya
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
Opps, masa gambar ikan ni diambil masih togel lagi, tak letak apa apa hiasan pun.
Thursday, February 3, 2011
Ayam Goreng Oat
Salam semua,
Buat ayam ni diatas permintaan anak2. Kata mereka lama mama tak buat ayam goreng, asyik masak yang sama aja. Aikkk, hari hari mama buat lauk tukar tukar, special pulak tu depa masih kata hari hari mama masak lauk sama.......sedihnya.....
Sangat sangat tergoda bila tengok dapur hana menayangkan ayam goreng oat ini. Jadi, tak mau ketinggalan nak tayangkan jugak kat rumah kita pulak. Jadi, buat jugakla memandangkan oat pun ada banyak kat dalam lemari tu, sebelum expired baik dilakukan sesuatu. Oat memang kegemaran saya, tiap pagi saya akan bancuh susu dicampurkan oat, memang mengenyangkan bila diminum.
RESEPI AYAM GORENG OAT
resepi asal : mariamsayuti
olahan : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
• 6-8 ketul drumstick @ bhgn lain
• 1 sb serbuk kari
• 1 sk serbuk kunyit
• lada sulah/serbuk cili
• garam
• 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
• 1/2 biji telur
Untuk Saduran
• Oat secukupnya
Cara-cara
• Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
• Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
• Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.
Tuesday, February 1, 2011
Banana Pancake
Salam,
Macam yang dah diprogram dalam otak, hari ni mesti nak buat banana pancake, sebab hari tu ada ternampak Ummi Zaihadi buat pancake letak pisang. Jadi kita pun cuba la
tapi buat versi yang pernah saya buat dulu, cuma ditambahkan pisang 5 biji lebih kurang 250gm jugakla.
Hmmmm, memang sedap, tp anak anak tak berapa suka la pulak, Cuma yang kecik tu jer rajin dok mengabihkannya dengan mamanya. Saya sapukan strawberry peanut butter kat atasnya dan anak bawak ke tadika, sedap katanya. Lain kali kena wat kek pisang jugakla, sebab wat pancake tak berapa jalan……. Jenuh ler kita nak mengabihkannya huhuhuhu.
Resepi asal diambil dari MYResepi dan saya cuma tambahkan pisang lecek jer. Terimakasih kepada tuanpunya resepi.
BANANA PANCAKE
Bahan-bahan
115gm tepung gandum
1 st (5ml) soda bicarbonate
1 st (5ml) krim tartar
25gm butter
1 biji telur
150ml susu segar
1 sb gula
125gm pisang emas dilecek
secubit garam
Cara-cara
1. Campurkan tepung, soda dan krim tartar.
2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti. Jangan digaul terlalu lama nanti berketul macam doh.
3. Lubangkan tepung di tengah2nya. Gaulkan telur (dipukul dulu sikit) dan susu.
4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yang panas dan di lenser dengan sedikit minyak.
5. Masak sehingga ada buih2 udara dan tunggu sehingga buih2 itu pecah baru diterbalikkan.
6. Hidangkan panas dengan sirap favourite anda spt maple syrup, honey, butter atau ice cream.