Pages

Thursday, February 17, 2011

Basic Muesli Slice


Salam semua,

Saya bukanlah seorang penggemar kudapan ini, malahan ini adalah percubaan pertama saya. Pertama kali merasainya, saya tahu bahawa saya telah jatuh cinta pada rasanya
yang bukan sahaja boleh dikatakan sangat sedap tetapi juga suatu hidangan yang sihat. Kanak kanak pasti akan menyukainya. Terimakasih diucapkan kepada CMG kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini, saya pasti akan ulangi membuatnya lagi………. Kalau boleh dicadangkan kudapan ini sangat sesuai dihidangkan di majlis jamuan ringan terutamanya majlis harijadi.



Untuk campuran kekacang, saya campurkan badam dan gajus mengikut stok di dapur kecil saya. Dan madu pula saya gantikan dengan gula yang dipanaskan bersama sedikit air menjadikannya sirap yg agak pekat dan diadun bersama bahan bahan lain. Cuma mungkin sedikit kesilapan saya bilamana cecair yang dibuat agak berkurangan menyebabkan kudapan ini agak berderai bila dipotong. Walaubagaimanapun, rasanya tetap enak dan rangup bila dimakan.

Kepada CMG, terimakasih berbanyak diucapkan.

BASIC MUESLI SLICE

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan rolled oats
2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star @ campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil - sy guna badam dan gajus40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip (optional)
150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu sy ganti 5sb gula + 5sb air dikacau hingga pekat



CARA MEMBUATNYA :-)

Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.

Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan
masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....Sedap dimakan diwaktu senggang....

5 comments:

  1. wah.. nampak sedap.. kalau kt NZ nih, selalu wat snacking muesli bar nih..

    ReplyDelete
  2. macam sedap aje buat kudapan ni.. Boleh dicuba..

    ReplyDelete
  3. nampak sungguh sedap, nanti nak cuba lah...dulu2 masa kat UK pernah gak makan

    ReplyDelete
  4. Salam Tun Telani
    Terimakasih sudi singgah....memang tak jemu makan muesli bar ni....

    Salam harleena
    Terimakasih sudi singgah.......cubala, anda pasti tidak akan menyesal

    Salam NoorMasri
    Cuba jangan tak cuba ya.....gerenti sedap nih...

    ReplyDelete
  5. kak wattie, kat sini memang byk muesli ni....bagus utk yg diet juga..:)

    ReplyDelete