Pages

Tuesday, May 6, 2014

Udang Goreng Mentega / Butter Prawns


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lama tak nampak udang berposing di blog saya kan.  Meh hari ni, saya paparkan n3 udang istimewa untuk tatapan anda semua.  Saya agak ketinggalan untuk memaparkan resepi udang yang sangat sedap ini, tapi takpalah kan lebih baik terlambat sedikit dari tiada langsung, tak gitu,  better late than never., kata omputeh.......

Ni nak ceritala sikit,  masa udang mentega ni tengah popular dan semua geng blogger masak memasak sibuk menayangkannya di sana sini, saya pun ikut mencuba sebenarnya.  Saya mengikut resepi yang digoogle dalam internet, malangnya  disebabkan tiada penerangan yang terperinci dan saya pun tidak begitu faham cara buat gamaknya, hasilan sarang telur yang sepatutnya halus memanjang dan cantik jadi berketul ketul pulak, tapi rasanya tetap sedap.  Nak letak dalam n3 pun rasa malu sebab udang tak jadi, hehehe.    Selepas kejadian itu, saya dah tak pernah memasak udang ni lagi, lama jugaklah rasanya.   

Baru baru ni,  hubby dan jiran setaman pi borong  udang dan lain lain dalam kuantiti yang agak banyak di tempat hasilan laut baru dinaikkan.   Hubby beli udang, ketam dan ikan, segar segar nampaknya, maklumlah baru ditangkap.  Pagi tu, bila saya tengah dok memikir nak masak apa untuk hidangan tengahari,   anak saya bertanya mengapa saya tidak memasak udang yang ada telur dan cili api macam dulu, maksudnya udang mentega inilah.

Hahhhh, apa salahnya mencuba lagi sekalikan.   Kali ni terjumpa resepi udang bersekali cara buat yang lebih terperinci dan mudah difahami.  Terimakasih banyak diucapkan kepada kedua dua blogger masak memasak dibawah di atas perkongsian ilmu dan resepi.

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
Sumber Asal : SpiceJourney

Oleh  :  Azie Kitchen

 Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

 Pukul ringan kuning telur. Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti. Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya.




Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.


 Udang:
12 ekor udang
 Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
 3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa










 Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi. 


 Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kan

2 comments:

  1. Lapor pulak akak tengok Wantie..
    Akak pernah buat jugak.. hehehe tak jadi jugak sarangnya tu elok memanjang tapi akak tempek jugak kat blog ..
    Lepas tu pun tak pernah cuba... ingat nak cuba balik lah :)
    Ambil semangat dari wantie :D

    ReplyDelete
  2. Oooo rupanya pusingkan dulu minyak dengan senduk baru tuang telur... Tie... Amie dah fee-up buat beberapa kali tak jadi, nak share pun rasa malu ha hahaha... tapi entahlah nak cuba lagi macam rasa takut2 je .. apa pun terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete