Pages

Sunday, May 4, 2014

Ayam Goreng Masam Manis




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Selalunya bila masak ayam, saya suka memilih resepi yang ada banyak rempah ratus dan cili sebab saya memang sangat suka makan pedas.  Tapi kali ini nak tukar selera sikit,  pilih yang kurang pedas dan masam masam manis gitu.

Resepi ni memang saya jamin sungguh sedap sebagaimana yang tuanpunya resepi sebut dalam n3nya.   Terimakasih banyak Iza kerana sudi berkongsi resepi sedap ini, jasamu dikenang.


AYAM GORENG MASAM MANIS 
Sumber : Iza Akma  (Terimakasih ya)

1/2 kg ayam 
1/2 kg ubi kentang 
2 labu bawang besar (dihiris) 
2 biji limau kasturi 
5 sb sos cili 
1 sb kicap pekat 
1 sb kicap masin 
1 cawan air minyak untuk menggoreng 
4 helai daun kari 




 Bahan Tumis 
3 ulas bawang putih (dihiris) 
3 ulas bawang merah (dihiris) 
2 cm halia (dihiris) 
5 sb sos tomato 
6 sb serbuk kari 
2 kuntum bunga lawang 
2 batang kulit kayu manis 


 Cara caranya 
1. Ayam dipotong enam dan dibersihkan. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam Gorengkan ayam setengah masak. 
2. Ubi kentang dibelah empat dan direbut setengah masak. Kemudian digoreng 
3. Panaskan minyak, masukkan bahan hiris, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh deengan tomato sos dan sedikit air. Tumis lagi sehingga wangi dan pecah minyak. 


4. Masukkan sos cili, kicap pekat, kicap masin, air limau kastur, air dan daun kari. 
5. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul hingga rata dan masak. 
6. Terpulang pada masing masing sama ada nak berkuah pekat atau agak agak kering.


No comments:

Post a Comment