Pages

Friday, May 2, 2014

Bee Hives Bun / Roti Sarang Lebah




Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,

Akhirnya lebah bersarang jua di teratak WattiesHomeMade.   Macamana kengkawan blogger semua, dah mencuba roti yang tengah  kebabooom ini?   Harap harap saya tidak menjadi orang yang terakhir  mencuba roti yang tengah meletopsssss  di pasaran masakini.  Ramai juga yang telah menjadikan roti ini sebagai sumber pendapatan sampingan, alhamdulillah syukran, sesungguhnya rezeki itu datang daripada ALLAH.  Sekiranya kita bersabar dan bersyukur, ALLAH akan datangkan rezeki itu daripada sumber yang tidak disangka sangka.  
Al Fatihah diucapkan kepada adik Lydia Honey sekeluarga yang telah sudi berkongsi  resepi roti yang mencetuskan fenomena terbaru kini.  Terimakasih juga kepada seluruh wargakerja Kelab Roti (KR) yang telah banyak memberikan  tips tips, info dan idea menarik sehingga  impian meroti saya dapat direalisasikan. 


Jom kita semak resepinya,  

BEE HIVES MINI BUNS
Sumber Resepi : Lydia Honey 

  DOH 
2 cawan tepung gandum 
1/2 Sudu teh dry yeast 
1/4 Sudu teh garam 
½ sudu teh baking powder 
1 sudu besar gula pasir 
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
¼ cawan minyak sun flower 
1/2 cawan air suam +- 
 **Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka 


Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat pd tangan.  Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan.  Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.   Biarkan doh naik 2x ganda di tempat  panas sedikit atau tertutup seperti dalam oven atau microwave yang TAK di ON.  

Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya   Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Buat sampai habis. Memang doh lembik.  Kalau melekat sapukan tangan anda dengan sedikit minyak. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 

Sementara menunggu doh naik ON kan oven  anda.. Setting 180-200C api atas bawah.. Make sure oven panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.  Masa membakar adalah 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan. 
 NOTA:- 
 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2. 
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik. 
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton. 
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras 
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2. 
BUTTERSCOTCH SAUCE 
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok 
1/2 cup whipping cream(atau susu cair) 
A pinch of salt 
1/2 tsp vanilla essence 
25g butter 

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut 
sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping. NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau 


Di bawah ini adalah adunan yang telah siap dibentuk sebelum dibakar.



Macam macam ada... 

1 comment:

  1. bun ni nampaknya tengah hot skang kan..ramai blogger dah tayang..sya ja belum buat lagi..huhu..

    ReplyDelete