Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Wednesday, October 31, 2012
Kek Pisang Coklat Urai tempahan Aidil Adha
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Salam Aidil Adha diucapkan buat semua ya. Terlewat pulak nak publish n3.
Kek pisang coklat urai berbadam ini tempahan kawan hubby. Gambar ambil waktu subuh sebab tu gelap sikit. Tak tahu pulak siapa nama kawan hubby itu. Beliau nakkan satu ada badam dan satu lagi tak ada badam. Terimakasih banyak di atas tempahan ini.
Yang dua lagi ni pulak tempahan Atikah dari Ipoh. Atikah dah pernah menempah kek karamel tak lama dulu. Atikah ni penuntut Maktab Perguruan Ipoh, Perak. Jauh mali woooo hehehe. Kek ni Atikah minta tolong kawan beliau yang ambilkan untuk hari raya juga sebab masa tu beliau ada final exam. Semuga berjaya dengan cemerlang ya Atikah.
Close up sikit......
Terimakasih banyak kepada semuanya yang telah sudi menempah. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Monday, October 29, 2012
Cheese Tart tempahan Siti Susi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Strawberry dan blueberry cheese tart tempahan Siti Susi untuk makan makan bersama teman teman di ofis.
Kalau nak packing macam ni, boleh aja kita aturkan. Yang macam ni pun boleh. Pilih aja yang mana berkenan di hati. Terimakasih banyak di atas tempahan ini.
Strawberry dan blueberry cheese tart tempahan Siti Susi untuk makan makan bersama teman teman di ofis.
Kalau nak packing macam ni, boleh aja kita aturkan. Yang macam ni pun boleh. Pilih aja yang mana berkenan di hati. Terimakasih banyak di atas tempahan ini.
Wednesday, October 24, 2012
Udang Madu / Honey Prawns
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lama rasanya saya tak meletakkan resepi udang di sini. Sebabnya, saya selalu masak kari udang dan kacang buncis jer. Sampai la satu hari tu anak bujang saya merungut, katanya, "mama ni asyik masak lauk ni aja, buatla yang lain pula".
Jadi, hari ni, bukak komputer dan geledahla apa apa yang patut. Hasil dari menggoogle ke sana dan ke sini terjumpalah dengan resepi kat bawah ni.
Resepi ambil dari MyResepi sumbangan DJ. Terimakasih banyak ya.
HONEY PRAWNS / UDANG MADU
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (kalau xde, boleh guna jus limau kasturi, limau nipis atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
1. Kisar bahan2 bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
3. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
5. ****boleh tambah sos tiram atau garam jika suka (terpulang pd citarasa sendiri)
Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera
Saturday, October 20, 2012
Nasi Ayam Goreng Oat Penyet
Terbuntu jadinya seketika kerana tak tahu hidangan apakah yang patut disajikan untuk hari ini. Terkadangkala habis juga idea untuk memasak. Hanya yang berlegar di kepala, hidangan yang ringkas tapi sedap untuk dimakan, iaitulah nasi ayam.
Hidangan di bawah ini adalah adaptasi dari resepi resepi yang telah saya cuba sebelum ini. Saya cuba membuat kelainan dengan mengolah dan menggandingkan resepi nasi ayam Chef Wan dengan ayam goreng oat Mariam Sayuti. Terimakasih kepada semuanya yang telah menyumbang sehingga terhasilnya resepi ini. Alhamdulillah, percubaan yang tidak menghampakan. Anak anak dan hubby sangat menyukainya, ayam gorenglah katakan.
NASI AYAM
Bahan-Bahan Untuk Nasi:
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
2 kiub ayam knorr
sedikit garam dan serbuk kunyit
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.
RESEPI AYAM GORENG OAT
Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 sb serbuk kari
2 sudu besar tepung beras/tepung gandum
1 biji telur
garam dan lada sulah secukup rasa
Oat secukupnya
Cara-cara
Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
10 biji cili merah
11 biji cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji tomato besar
2 cm belacan
3 sb gula merah
garam
Cara cara
Kisar bersama cili merah,cili padi, bawang putih, tomato dan belacan dengan sedikit air. Panaskan minyak dan masak semua bahan bahan di atas. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Biar sehingga sambal sedikit pekat. Siap untuk dihidangkan.
2 ketul ayam dipotong kecil
1 biji ubi kentang
1 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 hiris halia dihiris
sedikit serbuk pati ayam knorr
garam dan lada sulah secukup rasa
garam dan lada sulah secukup rasa
Cara cara
Thursday, October 18, 2012
Kek Karamel Berbunga bunga buat Nurul Syahindah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel kembali lagiiiii, hehehe
Ni repeat order dari Cik Puan Rashidah Muhammad, teman seofis zaman kerja dulu dulu.
Tak jemu jemu Shidah dengan kek karamel ni.
Shidah nakkan design yg macam ditempah oleh Ina. Selamat Hari Lahir Syahindah, semuga menjadi anak yang solehah, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, amin.
Terimakasih banyak Shidah, muaaahhhhh lap u, hehehe. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Untuk sebarang tempahan, sila lawati : dewattiesdelight.blogspot.com/
Tuesday, October 16, 2012
Carrot Banana Cake / Kek Lobak Merah & Pisang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Taraaaaa.....kek pisang campur karrot, wallaahhhh memang sedap sangat rasa kek ni, gua tak tipu. Tak caya???. Hmmmm, tak bolehla la saya nak paksa orang untuk mempercayainya, yer dak. Apakata, cuba sendiri godek kek ni dan tengok hasilannya, insyaAllah berbaloi baloi.... Silap silap haribulan boleh buat berniaga, hahaha. Kalau selalu makan goreng pisang atau cekodok pisang, boring jugakkan, sekali sekala tukarla selera, tak rugi mencuba.
Kek yang saya buat ni sangat moist, sebab saya lebihkan pisang kat dalamnya. Sayang pula nak buang pisang yang banyak kat dapur tu. Sebenarnya kek ni dah berbulan lamanya diupload dalam n3 tapi tertinggal dalam senarai draft. Semalam bila belek2 folder (ni kes terlebih rajinla ni) baru perasan ada 44 n3 dalam draft folder yang belum dipublish, semuanya ada gambar saja, tanpa cerita dan resepi, huhuhu. Inilah yang dinamakan kerajinan yang melampau....rajin upload gambar jer, publishnya tidak....hehehe.
Resepi ni saya perolehi sewaktu blogwalking di SINI ya. Terimakasih banyak kerana sudi mengongsikan resepi sedap ini. Izinkan saya untuk perpanjangkannya di sini pula ya.
KEK LOBAK MERAH
Bahan-bahannya
270 g tepung naik sendiri
1 camca garam
1 camca soda bikarbonat............ketiga2 bahan diayak bersama,
170 gula perang
3 biji telur
175 ml minyak jagung
170 g lobak merah diparut kasar
2 biji pisang embun/pisang montel
50 gm badam dicingcang kasar(saya guna 1/2 cawan badam slices yg dah siap tu jerr)
dan saya tambah sendiri sedikit raisin hitam (anggaran 1/2 cawan)
1 ct esen vanila
Kaedah Penyediaan
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pemutar kecuali pisang yang telah dilenyek, lobak merah parut, raisin dan badam. Putar sehingga agak kental. Kemudian masukkan pisang dan putar lagi. Hentikan mesin dan guna senduk untuk proses seterusnya. Masukkan lobak merah, raisin dan badam cincang, gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar 8"x8"yang telah dilenserkan dengan sedikit marjerin dan ditaburkan sedikit tepung. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit atau sehingga masak.
Bahan2 utk dressing:.
125 g cream cheese(guna Philidhephia cream cheese)
75 g butter(guna Anchor butter)
1/2 cawan icing sugar
Cara2nya
Putar cream cheese sampai gebu. Masukkan butter dan putar lagi hingga butter agak keputihan. Campurkan gula icing sedikit demi sedikit hingga habis. Siap untuk disapukan ke atas kek.,
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA.
Untuk sebarang tempahan, sila lawati : http://dewattiesdelight.blogspot.com/
Sunday, October 14, 2012
Red Velvet Cake tempahan Fiqah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Red Velvet Cake tempahan Fiqah.
Terimakasih banyak Fiqah kerana selalu tempah kek dari akak.
Selamat Makan Makan.
Sebarang kekurangan harap dimaafkan.
Untuk sebarang tempahan, sila lawati : deWattiesDelight.blogspot.com
Friday, October 12, 2012
Rendang Pedas Rembau
Selang sehari dua, mesti ada lauk ayamkan, hehehe. Apa nak buat, memang dalam seminggu tu mesti masak lauk ayam 2 kali. Hari hari lain selang selikan dengan ikan, udang, sotong, telur dll, Kadang kadang buat juga set hidangan macam nasi ayam ker, nasi beriani ker. Resepi lauk lain jarang masuk n3 sebab menggunakan resepi yang sama berulangkali, resepi pun dan ada kat dalam blog, nanti boring pulak orang nak melihatnya.
Oklah kita ke resepi untuk kali ni ya. Resepi ni dah berkurun lamanya di salin, tapi terlupa copy link asalnya, tapi saya ingat sangat dari dapur CMG . Terimakasih banyak ya Cik Mat.
RENDANG PEDAS REMBAU
BAHAN-BAHANNYA :-)
1.8 kg ayam kampung, dipotong sederhana besar
2 inci halia + 5 ulas bawang putih = ditumbuk halus
500 ml pati santan* 2 liter santan cair*(*dari 2 biji kelapa)
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 helai daun limau purut (optional)
1 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 inci halia tua* 1 inci kunyit hidup* 15 batang serai, hiris halus* 2 genggam cili padi hijau*(*dikisar halus)
Sehari sebelum memasak rendang, ayam tadi dicuci bersih, cucuk2 dengan garfu dan perap bersama halia + bawang putih tumbuk dan sedikit garam. Simpan dalam peti sejuk.
Dalam kuali, masukkan ayam tadi bersama bahan kisar halus, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam sedikit kecut. Tuang santan pekat dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih.
Bila kuah pekat. Tambah kerisik, gula melaka, daun limau purut (optional), garam (yang ni kena jaga2, kalau tak rendang jadi masin bila kering) dan asam gelgor. Kacau rata, dan terus memasak hingga rendang hampir kering.
Jika ayam masih belum lembut, tambah air panas secukupnya dan terus memasak hingga ayam lembut. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan boleh diangkat.
Selamat Mencuba.
Wednesday, October 10, 2012
Kids Birthday Cake - Happy 6th birthday Naufal
Kids birthday cake.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kek karamel dan kek coklat lembab tempahan Yusnani untuk anaknya Naufal yang menyambut hari lahir yang ke 6. Yusnani dah pernah menempah kek untuk anak dan husband baru baru ini.
Kek karamel yang ditempah hari tu tak cukup kata Yus. Jadi, tempah lebih sikit kali ni.
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Naufal. Semuga menjadi anak yang soleh dan diberkati senantiasa.
Terimakasih banyak di atas tempaahan ini. Sebarang kekurangan harap dimaafkan.