Pages

Tuesday, October 16, 2012

Carrot Banana Cake / Kek Lobak Merah & Pisang


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Taraaaaa.....kek pisang campur karrot, wallaahhhh memang sedap sangat rasa kek ni, gua tak tipu. Tak caya???. Hmmmm, tak bolehla la saya nak paksa orang untuk mempercayainya, yer dak. Apakata,  cuba sendiri  godek kek ni dan tengok hasilannya, insyaAllah berbaloi baloi.... Silap silap haribulan boleh buat berniaga, hahaha.   Kalau selalu makan goreng pisang atau cekodok pisang, boring jugakkan, sekali sekala tukarla selera, tak rugi mencuba.   


Kek yang saya buat ni sangat moist, sebab saya lebihkan pisang kat dalamnya.  Sayang pula nak buang pisang yang banyak kat dapur tu.    Sebenarnya kek ni dah berbulan lamanya diupload dalam n3 tapi tertinggal dalam senarai draft. Semalam bila belek2 folder (ni kes terlebih rajinla ni) baru perasan ada 44 n3 dalam draft folder yang belum dipublish, semuanya ada gambar saja, tanpa cerita dan resepi, huhuhu. Inilah yang dinamakan kerajinan yang melampau....rajin upload gambar jer, publishnya tidak....hehehe.

 

Resepi ni saya perolehi sewaktu blogwalking di SINI ya.    Terimakasih banyak kerana  sudi mengongsikan resepi sedap ini.  Izinkan saya untuk perpanjangkannya di sini pula ya.

 

KEK LOBAK MERAH 
 Bahan-bahannya 
270 g tepung naik sendiri 
1 camca garam 
1 camca soda bikarbonat............ketiga2 bahan diayak bersama, 
170 gula perang 
3 biji telur 
175 ml minyak jagung 
170 g lobak merah diparut kasar 
2 biji pisang embun/pisang montel 
50 gm badam dicingcang kasar(saya guna 1/2 cawan badam slices yg dah siap tu jerr) dan saya tambah sendiri sedikit raisin hitam (anggaran 1/2 cawan) 
1 ct esen vanila

Kaedah Penyediaan

 Masukkan kesemua bahan  ke dalam mangkuk pemutar kecuali pisang yang telah dilenyek, lobak merah parut, raisin dan badam. Putar sehingga agak kental. Kemudian masukkan pisang dan putar lagi. Hentikan mesin dan guna senduk untuk proses seterusnya. Masukkan lobak merah, raisin dan badam cincang, gaul rata. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar 8"x8"yang telah dilenserkan dengan sedikit marjerin dan ditaburkan sedikit tepung. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit atau sehingga masak.

 
Bahan2 utk dressing:.
 125 g cream cheese(guna Philidhephia cream cheese) 
75 g butter(guna Anchor butter) 
1/2 cawan icing sugar
Cara2nya
Putar cream cheese sampai gebu. Masukkan butter dan putar lagi hingga butter agak keputihan. Campurkan gula icing sedikit demi sedikit hingga habis. Siap untuk disapukan ke atas kek.,

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA.

Untuk sebarang tempahan, sila lawati  :  http://dewattiesdelight.blogspot.com/

3 comments:

  1. kak wattie!!! serius ker???? waaahhh bestnyerr lagi resepi pisang. mesti kena ingat ni! nti klu ada pisang ingat blog kak wattie, amik resepi..

    tapi macam tak sabar la pulak nak rasaaaa..

    ReplyDelete
  2. Kita percaya Wattie... sebab pernah buat tapi taklah sehebat dan special macam Wattie buat ni... he he heh

    ReplyDelete