Pages

Thursday, May 31, 2012

Two Toned Roses For Mother's Day cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Kek karamel tempahan Fariha untuk bonda tersayang. Kata Fariha, akak buat cantik cantik sikit sebab kek ini istimewa untuk bonda.



Di dalam hati ada taman.........bunga bunga rose mekar di jambangan....




Selamat hari ibu juga daripada saya, semuga hidup diberkati dan dikasihi Allah senantiasa....Amin...




Ini sms susulan yang diterima daripada Fariha berbunyi begini :- Salam kak, Kek akak dah jadi kegilaan family saya, Everyone loves it.....




Alhamdulillah and thanks alot Fariha dearie for your continuous support.....

Sila layari    
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Tuesday, May 29, 2012

WOK FRIED SQUID WITH CRUSHED BLACKPEPPER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Dua, tiga hari ini keadaan kesihatan tak begitu baik, batuk yang berpanjangan terutamanya bila malam hari. Namun, aktiviti masak memasak tetap diteruskan sebagai memenuhi kewajipanku sebagai seorang isteri dan ibu.



Bila ada waktu terluang, majalah lama ku belek kembali, terjumpa dengan resepi ini. Agak menarik juga untuk dicuba, jadi, jom kita lihat hasilannya ya.


Resepi saya ambil dari Majalah Keluarga Tahun 2004. Resepi ini asalnya untuk masakan ayam, tapi seperti biasa mesti nak dibuat sedikit perubahan. Saya gantikan ayam dengan sotong. Resepi telah diolah semula mengikut kesesuaian. Kepada yang ingin mencuba, dibawah ini saya letakkan resepinya. 

WOK FRIED SQUID WITH CRUSHED BLACKPEPPER 
Bahan-bahan 
250gm sotong putih (dipotong bunga dan dicelur sebentar) 
10gm garam 
10gm serbuk lada sulah 
2 biji bawang putih - didadu 
1/2 batang karrot - dipotong batang mancis 
1 biji cili merah - potong serong 
3 biji cili padi 
5 biji bawang kecil - didadu 
1 sb lada hitam - ditumbuk 
1 sb gula 
2 sb sos tiram 
2 sb kicap pekat 
1 daun bawang - dipotong 1in 
2 sb mentega 
1 sb tepung jagung. 

Cara-cara 
Panaskan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih sehingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, lada hitam dan gula, gaul rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan karrot, gaul rata dan perlahankan api. Masukkan sotong, cili merah, cili api dan gaul rata. Tambah garam, serbuk lada sulah dan jika perlu bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah Akhir, taburkan daun bawang dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan

Monday, May 28, 2012

Portugese Egg Tart


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,
Bersempena dengan sambutan Hari Pekerja pada hari ini iaitu 1hb Mei 2012, semua pekerja bercutilah ya. Dah ada cadangan nak kemana mana? Atau masih di dapur memikirkan apa juadah untuk disediakan buat sarapan ataupun minum petang seisi keluarga??? Apa kata buat sedikit kelainan dengan menyediakan tart telur portugis ini, hehehe, pasti menambat hati sekeluarga, bertambah tambah sayang sesiapa saja yang menikmatinya....




Tart telur ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Sebenarnya pastri puff itu telah lama sangat saya beli, jadi mau tak mau terpaksalah juga merajinkan diri merealisasikan impian menghasilkan tart telur portugis ini. Tengoklah hasilan saya kat atas tu, macam macam bentuk ada. Untuk kulitnya, saya potong dua pastri puff itu dan bentuknya pakai belasah aja. Malas pulak nak buang pastri puff yang berlebihan, jadi saya buat ajala ikut gerak tangan keras ini. Warna filingnya pun sedikit keorenan, mungkin disebabkan saya gantikan whipping cream dengan susu cair. Tapi rasanya memang sedap.  Resepi ini saya ambil dari rumah : CMG. Resepi asal dari majalah RASA. Terimakasih semuanya ya.

 PORTUGESE EGG TART

 BAHAN-BAHANNYA :-)
 Kulit puff pastry secukupnya
 200 ml whipping cream
 50 ml air 40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)
 1/2 keping keju chesdale, disiat2
 1 camca teh esen vanilla
 1 titik pewarna kuning





CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hingga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.



Puff pastry dipotong mengikut saiz acuan tat, tekat kemas dah potong lebihannya. Buat hingga siap. Tuang 3/4 penuh dengan no. 2, buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dikeluarkan dari acuan...


Selamat mencuba.... 
Alamak!!! Kesilapan tak disengajakan. Jangan betulkan TV anda.... Inilah padahnya bila membuat n3 autopublish, sepatutnya n3 ni publish pada 1hb Mei, ni dah nak masuk 1hb Jun baru dia keluar, hahahaha.....lucu pulak jadinya,   maaf ya kengkawan semua...

Wednesday, May 23, 2012

Happy Birthday Rose Akmar and thanks Sally


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Tempahan Sally untuk rakan sepejabat, Rose Akmar, sempena hari lahirnya baru baru ini.



Kali ni kita tambah peaches pulak.....amacam, cun takkk???




Fuhhhh.....rasa sepotong, nak dua potong, lepas tu berpotong potong hehhehe, sedap I tell you...... Sorry ya, promosi sikit.....




Happy birthday Rose Akmar, semuga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, amin...




Posing, jangan tak posing....


Thanks Sally dearie.

Sila layari    
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Tuesday, May 22, 2012

Ayam Sambal Siam


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Alamak, dah load gambar baru perasan kita tertaip nama resepi yang silap. Sepatutnya Ayam Sambal Siam tapi tertaip Ayam Sos Siam. Resepi ni ambil dari rumah Nieza, penyumbang resepi pulak Amie dan resepi asal dari buku Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku. Terimakasih semuanya ya.



Resepi: Ayam Sambal Siam 
Sumber resepi: Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku 
Sumber: Nieza, Amie 

Bahan-bahan: 
500 gram ayam - potong kecil 
150ml santan 
2 sudu besar kerisik 
6 helai daun limau purut 
minyak garam gula 

Bahan kisar: 
2cm kunyit hidup 
2cm halia 
6 ulas bawang merah 
20 biji cili kering 
3 batang serai 
4cm lengkuas 
3cm belacan 

Bahan hias: 
2 helai daun limau purut dihiris- hiris sedikit bawang putih goreng 

Cara: 
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. 
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi. 
3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga masak. 
4. Masukkan santan dan kerisik dan biarkan mendidih. 
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
6. Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut. 
7. Angkat dan hidangkan bersama hiasan hirisan daun limau purut dan bawang putih goreng.

Kalau nak tahu macamana hebatnya rasa ayam ni, kenalah cuba sendiri ya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Monday, May 21, 2012

Baked Sandwich


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Agak lama juga saya tak buat snacks untuk minum petang. Kali ini mencuba pula resepi sandwich bakar. Kepada yang ingin menghabiskan roti yang hampir tarikh luputnya, bolehla mencuba resepi ini. 


Baked Sandwich
tulip77@myresipi.com
resepi dr FP Hajar


8 keping roti


 *** Bahan Inti ***
bawang merah - dadu
bawang putih - cincang halus
cincangan isi daging/ayam
sayur campur (frozen)- saya cuma letakkan karrot dn cili merah
sos cili
sos tomato
serbuk lada hitam,
garam
parutan keju



Cara-cara
Panaskan oven 180 C.Gelek nipiskan roti, tekan2kan dlm acuan dan potong tepinya mengikut tepi acuan, bakar selama 7- 8 minit...angkat, sejukkan (nk mudah masuk jap roti dlm microwave)

Untuk intinya panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cincangan isi ayam/daging dan serbuk lada hitam, kacau. Masukkan sos cili, sos tomato dan sayuran campur...kacau hingga inti agak kering.Perasakan dgn sedikit garam, angkat Letakkan inti dlm roti tadi, taburkan keju parut di atasnya dan bakar sekejap, bila keju sudah mencair bolehlah diangkat


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera

Sunday, May 20, 2012

Mamak Style Chicken Curry


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, 
Diwaktu n3 ini dimulakan, hujan renyai renyai membasahi bumi. Terasa sejuk dan nyaman sekali. Suasana di kamarku sedikit suram dan kelam, hanya yang terasa, angin dingin menerjah masuk melalui ruang tingkap rumah kecilku. Inginku coretkan bait bait puisi nan indah, namun mindaku yang kian berkarat ini tak bisa menghasilkan apa apa, hanya yang ku tahu bahasa masakan cuma, yang kian hari kian sebati dengan jiwaku hehehe.....itulah kekurangan diriku.....
Namun....aku masih boleh berbangga kerana aku punyai satu kelebihan kecil menghasilkan sesuatu dengan jari jemari kasarku buat santapan suami dan anak anak tercinta, Alhamdulillah...syukur ke hadratNYA....



Hehehe.....opening yang entah apa apa........kik kik kik. Jom, kita tengok apa yang saya masak hari ni......



Masakan yg tak pernah lekang dari diari masakanku, semestinya resepi ayam menjadi pilihan utama. Resepi dah pernah dicuba tak berapa lama dulu. Boleh lihat resepinya di SINI ya.



Perasan tak apa kelainan pada gambar hari ini??? Tak perasan??? Hmmm....mai saya khabarkan. Gambar kari ayam ni masih dalam periuk lagi, baru lepas masak....itulah dia.... Ini kes malazzzzzz......snap ajala.....sekali sekala tukar cara ambil gambar hehehe...

Ini adalah n3 autopublish ya, harap maklum.

Friday, May 18, 2012

Happy Birthday WW Lee


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Ini pula tempahan Sally untuk rakan officesnya, WW Lee.








Terimakasih di atas tempahan ini.

Sila layari   
http://dewattiesdelight.blogspot.com

Thursday, May 17, 2012

Ikan Senangin Goreng


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Taraaaaa..... inilah menu paling istimewa dan paling senang untuk disediakan. Malu pulak rasanya nak letak resepi sebab mesti ramai yang dah tahu kan.



Selalunya untuk ikan goreng kita cuma gaulkan ikan bersama garam dan kunyit aja, lepas to goreng dalam minyak yang penuh menggunakan api sederhana. Kalau nak rangup sedikit taburkan pula sedikit tepung jagung, maka jadilah dia...... 

Ini adalah n3 autopublish ya.....harap maklum.

Wednesday, May 16, 2012

Nasi Khabsa Daging

Asssalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Mencuba pula suatu kelainan di dalam resepi nasi ku kali ini. Resepi nasi khabsa menjadi pilihan untuk hidangan seisi keluarga. Resepi ni saya ambil dari blog chef merangkap novelis terkemuka tahahair iaitu Chef Norzailina. Terimakasih banyak diucapkan di atas perkongsian ini. 


NASI KHABSA KAMBING 
Bahan Nasi: 
500g daging kambing bertulang 
Air secukupnya 
2 sudu besar minyak 
2 sudu besar minyak sapi 
1 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
3 ulas bawang putih, dicincang halus 
1 biji bawang besar, dipotong dadu 
1 biji tomato, dikisar
2 sudu besar tomato puri 
10g kulit limau kering, direndam 10 minit 
1½ sudu besar rempah khabsa*  
500g beras basmati, direndam 30 minit
½ batang lobak merah, diparut memanjang 
50g kismis



*Bahan Rempah Khabsa: 
1 sudu besar bunga cengkih 
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu besar jintan putih 
2 sudu besar ketumbar 
1½ sudu besar buah pelaga 
1 sudu besar serbuk cili 
1 sudu teh serbuk kunyit 
2 sudu teh serbuk lada hitam 

Bahan Sos (dikisar): 
3 biji tomato 
4 biji cili hijau 
5 tangkai daun ketumbar 
1-2 sudu besar jus lemon 
Garam, gula secukupnya


Cara membuat: 
1. Untuk rempah. Goreng kering 5 bahan pertama. Bila terbit bau, angkat dan kisar halus. Campur dengan rempah lain. Simpan dalam bekas kedap udara. 
2. Rebus kambing dengan air sehingga empuk. Sukat air rebusan, tambah air biasa sehingga 900 ml. 
3. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang besar. 
4. Bila terbit bau, masukkan buah tomato, tomato puri, kulit limau dan rempah khabsa. Kacau 2-3 minit. 
5. Kemudian masukkan beras, air, lobak merah, kismis dan garam. Kacau sekali-sekala sehingga kering airnya. 
6. Letak kambing di atas nasi, tutup periuk dan perlahankan api. Setelah 10 minit, bolehlah diangkat. 



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.



Ini adalah n3 autopublish, harap maklum

Tuesday, May 15, 2012

Kek Karamel Petal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Mencuba pula loyang yang telah dibeli tak lama dulu, loyang berbentuk kelopak/petal.
Warna merah jambu menjadi pilihan untuk kek karamel kali ini.
Hajat dihati ingin membawa kek ini menziarahi saudara, malangnya tidak kesampaian atas sebab sebab tertentu.
Jadi, ku poskan aja kepada saudara terdekatku, hehehe...Alhamdulillah, mereka menyukainya.

Monday, May 14, 2012

MidNight Cheese Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Brownies keju yang marvelous ini saya buat beberapa minggu yang lepas. Kata hubby buatla apa saja asalkan boleh dimakan hehehe. Hajat di hati hubby nak makan makan bersama staff staffnya kat office sempena hari lahirnya. Jadi, saya buatkan brownies keju yang special ni untuknya.


Cadang tu nak buat siang, tapi terasa malasla pulak, bila hari dah petang dan hubby pun dah terjengul depan pintu pulang dari kerja, baru terasa nak buat. Jadinya, brownies ni kita adun di malam yang gelap gelita, itu kat luar la ya, kat dalam terang benderang diterangi lampu kalimantang heheheh. Hubby temankan kita godek adunan sambil nonton tv.  Tengahmalam baru siap.


Pagi pagi lepas potong baru sempat ambil gambar, tak ada cahaya, jadi begitulah kejadian gambarnya, malap dan suram jer. Tak bolehla nak berposing sakan macam selalu sebab awal pagi hubby dah nak pecut ke tempat kerja. OKlah, jom kita semak resepinya. Resepi asal dari SINI ya.



CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies : 
250g butter 
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bikarbonate 
1 tsp esen vanilla 

Cara-cara: 
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. 
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 

Bahan-bahan lapisan cheese: 
250g cream cheese 
1 cwn gula castor 
1 biji telur gred B 

Cara-cara: 
1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. *Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Selamat makan makan semuanya ya.

Friday, May 11, 2012

Nasi Ayam Penyet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sepagi hari ni memikirkan juadah apa yang nak disediakan untuk makan tengahari. Hajat di hati ingin memasak resepi yang mudah dan sedap dimakan.
Malas dah nak menggoogle, jadi saya cari kembali resepi yang telah dicuba sebelum ini, nasi ayam penyet....
Ni la dia Nasi Ayam Penyet Wattie's HomeMade, tapi ayamnya kita tak penyetkan pun, biar begitu aja. Tak ada hiasan yang menarik juga, hanya setangkai daun sup yang dah nak layu, tu jer yang ada dalam petiais, huhuhu...
Jangan lupa buat sambal lebih ya, takut tak cukup.
Boleh intai resepinya di SINI ya.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.....