Pages

Tuesday, May 29, 2012

WOK FRIED SQUID WITH CRUSHED BLACKPEPPER

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
Dua, tiga hari ini keadaan kesihatan tak begitu baik, batuk yang berpanjangan terutamanya bila malam hari. Namun, aktiviti masak memasak tetap diteruskan sebagai memenuhi kewajipanku sebagai seorang isteri dan ibu.



Bila ada waktu terluang, majalah lama ku belek kembali, terjumpa dengan resepi ini. Agak menarik juga untuk dicuba, jadi, jom kita lihat hasilannya ya.


Resepi saya ambil dari Majalah Keluarga Tahun 2004. Resepi ini asalnya untuk masakan ayam, tapi seperti biasa mesti nak dibuat sedikit perubahan. Saya gantikan ayam dengan sotong. Resepi telah diolah semula mengikut kesesuaian. Kepada yang ingin mencuba, dibawah ini saya letakkan resepinya. 

WOK FRIED SQUID WITH CRUSHED BLACKPEPPER 
Bahan-bahan 
250gm sotong putih (dipotong bunga dan dicelur sebentar) 
10gm garam 
10gm serbuk lada sulah 
2 biji bawang putih - didadu 
1/2 batang karrot - dipotong batang mancis 
1 biji cili merah - potong serong 
3 biji cili padi 
5 biji bawang kecil - didadu 
1 sb lada hitam - ditumbuk 
1 sb gula 
2 sb sos tiram 
2 sb kicap pekat 
1 daun bawang - dipotong 1in 
2 sb mentega 
1 sb tepung jagung. 

Cara-cara 
Panaskan mentega dan tumis bawang merah, bawang putih sehingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, lada hitam dan gula, gaul rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan karrot, gaul rata dan perlahankan api. Masukkan sotong, cili merah, cili api dan gaul rata. Tambah garam, serbuk lada sulah dan jika perlu bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah Akhir, taburkan daun bawang dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan

8 comments:

  1. rajinnya akak kelar sotong jd cantik camtu....suka sy tgk..sy tak penah masak sutun jd cantik cmni...hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam kak wattie,
    sedap nampak sutun ni....
    telan air liur kita tengok..kalau sutun ni memang favourite anak bujang sulung kita..1kg sutun is nothing..like makan the kacang puith..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Aloloooo cayang Wattie kurang sihat ye, bawa2lah berehat ye...
    tu cotong tu comel sangat kejadiannya!Terasa kelazatannya...nyum nyummmm

    ReplyDelete
  4. aduiii sedapnya...saya paling suka sotong...:)

    sama la kak..saya pun batuk tak habis lagi ni..tapi telan jugak air sejuk...hehhehe

    ReplyDelete
  5. Wsalam... ngencesssssss... terus masuk dapur sini..:))

    Get well soon ya kak..:))

    ReplyDelete
  6. waduh kak wattie, tergoda tgk sotong dok berposing tu..tajuk pun dah sedap ni kan pula rasa sotong tu...hehe

    ReplyDelete
  7. oh dah boleh komen, bnyk rihat ye wattie...nasib org pompuan mcm tu ler...sakit pun kena masak.

    ReplyDelete