Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Monday, January 10, 2011
Ayam Goreng Herba
Salam semua,
Dah lama teringin nak buat ayam goreng herba ni. Resepi ni amik dari rumah KNor. Semua resepi yang terdapat di rumah Knor best best belaka dan dah banyak jugak saya try. Terima kasih bebanyak ya KNor kerana sudi berkongsi resepi resepi baru yang sungguh istimewa, jasamu tetap dikenang.
Sedap rasa ayam ni, meratah pun ok gak. Anak pun kata sedap. Kalau ada yang teringin nak mencuba, ini dia resepinya saya cp dari blog KNor Secubitgaram
AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah
bahan *----> dikisar.
Cara Memasak:
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hidang.
kak wattie, mas dah buat ayam ni, sangat sedappp..bila tengok ayam akak ni..terasa jer kesedapan ayam tu kat tekak ni...he..he...
ReplyDeleteSalam Mas,
ReplyDeleteMemang sedap ayam ni Mas, anak kata nanti mama buat lagi, buatnya pun mudah sangat