Wattie's HomeMade

Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang

Pages

▼

Thursday, December 27, 2018

Ayam Sambal Lada Hidup


Salam semua,




Ayam Sambal Lada Hidup
Sumber : SHR resepi.mesra.net


Ingredients:-

½kg isi ayam 

½ sudu teh serbuk kunyit

½ sudu teh garam

minyak masak
10 btg cili hidup merah
5 ulas bwg putih
8 ulas bwg merah
3 inchi halia
5 sudu sos tiram (jika suka boleh tambah)
1 sudu teh gula
garam sesedap rasa
serbuk perasa.
minyak masak



Method:-

Gaul kan ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. kemudian goreng separuh masak.



kisarkan bahan cili hidup, bwg putih, bwg merah dan halia.Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga keluar minyak. kemudian masukkan isi ayam yang digoreng. gaul sehingga sebati kemudian masukkan sos tiram dan bahan perasa lain. Elakkan memasukan garam terlebih awal kerana sos tiram sudah mempunyai rasa masin yg cukup.


Wattie at 6:00 PM No comments:

Thursday, December 20, 2018

RESEPI NASI LEMAK & AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA @ YANGNYEOM CHICKEN







Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


Brunch untuk hari ini,  jamu selera dengan nasi lemak & ayam korea.











RESEPI NASI LEMAK

Bahan bahan

2 cawan beras
1 cawan santan  @1 kotak 250ml
1 cawan air 
2 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih dihiris
@ 3 hirisan halia
2 sb minyak masak

C




C

1 sb secubit garam
1 sb gula


Cara cara

Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
    Cara cara
    Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak seperti biasa.



    RESEPI AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA @ YANGNYEOM CHICKEN
    Sumber Resepi  :  Puan Wawa Syalwawa

    Bahan Perapan
    10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos)
    7 ulas bawang putih
    2 inci halia
    1 sudu besar lada hitam
    1 sudu gula
    secubit garam

    Cara Perap Ayam
    * Tumbuk semua bahan hingga lumat. (Saya tumbuk satu demi satu sampai halus semuanya. Nak guna blender pun boleh.)

    * Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit minimum. Lagi lama lagi bagus.

    Bahan Tepung Goreng Ayam
    1 senduk tepung gandum
    1 senduk tepung jagung

    Cara Menggoreng
    * Sebatikan kedua-dua tepung kering.

    * Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam.

    * Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering.

    Bahan Untuk Sos
    3 ulas bawang putih
    2 sudu cili kisar
    2 sudu besar gula
    4 sudu sos cili
    3 sudu sos tomato
    2 sudu madu
    1 sudu jus lemon
    garam secukup rasa

    Cara Penyediaan Sos
    * Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
    * Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi.

    Bahan Hiasan
    Bijan (sangai secukupnya)
    daun bawang yang dihiris

    * Taburkan ke atas ayam goreng yang telah disaluti dengan sos. Siap!

     Penuh perisa di luar, lembut dan juicy di dalam. Sosnya yang special dengan taburan bijan yang wangi pasti akan buat kita menjilat jari.
    Nak makan begitu saja boleh, nak makan dengan nasi putih pun boleh. 







    Wattie at 8:41 PM No comments:

    Thursday, December 13, 2018

    Sup Ayam Pedas

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,



    SUP AYAM PEDAS
    Sumber Resepi : Zalinah @ Rempah Ratus

    Bahan-bahan :
    1/2 ekor ayam - dipotong kecil
    1 batang carrot - dipotong
    2 biji kentang - dipotong
    1 pokok daun ketumbar - dihiris
    Bawang goreng secukupnya
    5 - 6 biji cili api merah - diketuk
    2 helai daun limau purut
    2 biji limau nipis - ambil jusnya
    3 biji bawang besar - dihiris kasar
    4 biji bawang putih - dicincang
    1 in halia muda - dicincang
    1 sudu makan rempah sup
    1 kiub pati ayam
    Air secukupnya
    Garam secukupnya

    Cara-cara:
    Tumis dengan minyak sedikit sahaja bawang besar dan bahan yang dicincang hingga layu.
    Masukkan rempah sup dan kacau.
    Masukkan ayam, kentang dan carrot. Tuang air secukupnya.
    Kacau hingga ayam dan bahan2 lain empuk.
    Masukkan cili api, jus limau, daun limau, kiub pati ayam dan garam. Biar mendidih.
    Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan bawang goreng
    Sedia dihidang.














    Wattie at 7:45 PM 1 comment:

    Thursday, December 6, 2018

    Ayam Goreng Cili Padi Paling Sedap


    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
    Hidangan yg ringkas, mudah utk disediakan dan yg paling penting, sedap!


    Ayam Goreng Cili Padi Paling Sedap

    1 ekor ayam (potong kecil, bersihkan, gaul garam kunyit dan goreng hga masak)

    Bhn kisar 
    1 bj bawang besar
    3 ulas bawang putih
    15 biji cili padi
    3 biji cili hijau/merah

    Bhn tmbhan
    1 biji bawang besar potong bulat
    1 biji tomato  dipotong baji

    3 sb kicap manis
    Garam dan lada sulah secukupnya



    Cara cara
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.


    Masukkan ayam yg telah digoreng, dan gaul rata.  Tuangkan sedikit saja air jika nak berkuah.  


    Tambahkan garam, kicap manis dan lada sulah.  Masukkan bawang besar dan tomato.  Bila agak pekat tutup api.  Siap utk dihidangkan.


    Wattie at 6:00 PM No comments:

    Monday, December 3, 2018

    Pokok Kunyit / Kunyit Hidup


    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera sahabat maya sekalian, 

    Telah sekian lama rasanya saya tidak menulis diblog ini.  Hanya n3 autopublish yang sempat dipaparkan.  Rindu pulak dibuatnya.  Rindu untuk mencuba resepi resepi baru terutamanya resepi viral. Sayangnya situasi sudah tidak seperti dulu lagi.  Kian hari kian berubah dan secara tidak langsung saya terikut sama dengan arus perubahan tersebut.  Ramai  rakan blogger seangkatan yg kian menyepi/beralih arah malahan ada yg  telahpun meninggalkan aktiviti blogging yg menjadi kegemaran suatu ketika dulu.  Semuanya mengikut haluan kehidupan bersama cerita suka dan duka masing masing.  Semuga dipermudahkan segalanya.


    Pagi ini 29/11/18 saya luangkan sedikit masa dengan kudrat yg masih tersisa untuk menuai hasil tanaman yang disemai beberapa bulan yang lepas.  Saya semai di dalam bekas kitar semula sabun pencuci kain baju, jimatkan?  Dan saya letakkan dekat porch kereta bagi memberikan sedikit perlindungan.  


    Ini pula cara saya menanam kunyit.
    Semaian saya lakukan menggunakan benih kunyit yang sedikit bertunas yg telah di beli dari Mydin.  Tanah pula tanah yg telah siap dicampur/tanah bakar yg dibeli dari nurseri.  Cara penanaman saya buat dengan menimbus kunyit ke dalam tanah kecuali mata tunas dibiarkan  menghala ke atas bagi mempercepatkan/menggalakkan pertumbuhan.  Setiap hari saya sirami ia dengan air bersulamkan kasih dan sayang heheheh.  Diselangi pula  dengan air basuhan beras.  Sekali sekala jika ada sisa sisa  dapur saya akan taburkan di sekeliling pokok.  Itulah yg menjadi baja bagi pokok pokok yg saya tanam.



    Alhamdulillah pokok kunyit tersebut  tumbuh dengan suburnya.   Daun daun yg terhasil besar besar dan lebar serta tinggi, seronok saya melihatnya.  (Sayangnya saya terlupa nak snap gambar pokok kunyit tersebut yg kini sudah tiada kerana telah kering semuanya dan dituai)  

    Sempatlah saya ambil daunnya untuk diletak di dalam masakan sehari hari serta memasak rendang pada syawal yg lepas.
    Kalau tak ada daun kunyit rasa macam tak lengkap pula kejadian rendangkan.  Baunya pun lebih harum dan nampak pun cantik, sekaligus membangkitkan selera untuk menjamah.


    Inilah hasil tuaian kunyit hidup yg segar dari ladang saya. 😊    Sebekas kecil sahaja tapi agak banyak nampaknya.  Selain rendang, masak lemak dan ulam, apalagi yg boleh dibuat dengan kunyit ni ya?  Nampak gayanya kenalah minta pertolongan En Google sekali lagi 😊 


    Nampak tak kunyit yg bertunas ni.  Mungkin saya akan ambil sedikit untuk ditanam semula.  Mudah mudahan adalah sedikit bekalan buat memasak dihari raya nanti,  in sha Allah jika diizinkanNYA.






    Wattie at 2:14 AM No comments:
    ‹
    ›
    Home
    View web version

    About Me

    Wattie
    Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
    View my complete profile
    Powered by Blogger.