Pages

Wednesday, September 9, 2015

Kek Bakul Bunga {Basket Of Flower Cake)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tempahan Nur Aqmar sempena hari lahir ibunya. Saya mendeko kek ini untuk kelihatan seperti sebakul bunga.  Di tepinya adalah anyaman bakul rotan dari buttercream.



Nur Aqmar memberikan saya gambar dekorasi kek sebagaimana yang diinginkannya.  Saya cuba membuatnya sebaik mungkin, namun tidak dapat lari dari sedikit perbezaan.   Walaupun  tidak 100% menyamai design asal, tapi alhamdulillah,  Nur Aqmar berpuashati dengan hasilan ini.  Berdebar juga rasa hati takut tidak memenuhi citarasa pelanggan,  apatah lagi inilah kali pertama saya menerima tempahan dengan design yang sebegini.  Terimakasih banyak diucapkan di atas kepercayaan yang telah diberikan.

3 lapisan kek coklat dengan italian meringue buttercream.

Alhamdulillah, sungguh mudah berurusan dengan Nur Aqmar, begitu memahami.

Apabila diberikan kebebasan serta sepenuh kepercayaan melakukan sesuatu yang saya suka dalam keadaan yang tenang,  tanpa sebarang desakkan dan tekanan,  saya akan merasa terhibur dan cukup seronok melakukannya.   Nak tidur teringatkannya, bangun tidur pun teringatkannya, hahaha, begitulah gambaran keadaannya.  
  Malahan, kreativiti pun akan mudah tercetus dan kita cenderung memberikan sehabis mungkin kreativiti yang terhasil tanpa merasa bosan melakukannya.   Dan apa yang terhasil pun, in sha Allah mampu melegakan hati walaupun pada dasarnya sedikit rumit. 
Sebaliknya, jika saya melakukan sesuatu dalam keadaan “terpaksa/dipaksa” dan tidak tenteram,  saya sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut.  Ini akan membuatkan saya kecewa dan semangatpun mudah patah dan akhirnya berputus asa.
   Seboleh mungkin saya cuba utk tidak berurusan dgn pelanggan yg cerewet @ byk kerenah.  Saya juga cuba mengelak menerima tempahan yang banyak pada satu satu masa ataupun tempahan  mengejut "adhoc order" kerana  saya ingin memberikan sepenuh tumpuan pada setiap produk yang  dihasilkan.🏻 Juga untuk menghindari "stress" pd diri sendiri yg akhirnya boleh membawa kepada berlakunya berbagai2 gejala penyakit.  
Oppsss, panjang pulak cerita hari ni.  Apa nak buat, hari ni mood mengarang dan meluah perasaan pula menjelma heheheh......
Italian Meringue Buttercream


Ini pula sms feedback yg saya terima daripada Nur Aqmar.

"Assalamualaikum kak...tq ye...kek tu mmg sama mcm yg sy nak...family sy smua ckp cantik...pling penting...mmg sedapp...👍🏻👍🏻👍🏻"

Alhamdulillah, segala yang baik itu datang daripadaNYA, dan yg terkurang itu dari kelemahan diri saya sendiri.   Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  




1 comment: