Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Monday, September 28, 2015
Saturday, September 26, 2015
Triple Chocolate Brownies Recipe / Resepi Brownies Coklat Berganda
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Kita pun dah terjangkit dengan demam brownies, tak kebah kebah lagi nampak gayanya. Kali ini menunaikan permintaan anak anak yang tak jemu jemu dengan hidangan brownies. Resepi brownies ini boleh dikatakan hampir sama dengan brownies kedut yang telah saya buat baru baru ini. Jom sama sama kita layan resepi berikutnya ya, zaaaaaasssss..............
TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES ANNA OLSON
Source : FoodNetWork
Directions for : Triple Chocolate Brownies
INGREDIENTS
10 oz (300 g) bittersweet or semisweet chocolate, chopped
⅔ cup (150 mL) unsalted butter
¾ cup (175 mL) sugar
1 tsp (5 mL) vanilla extract
3 large eggs
½ cup (125 mL) all-purpose flour
½ tsp (2 mL) salt
3 oz (90 g) white chocolate chips or chunks
DIRECTIONS
1. Preheat oven to 325 F (160 C) and grease and line an 8-inch pan with parchment paper.
2. In a bowl resting over a pot of barely simmering water, melt chocolate and butter, stirring gently. Remove from heat and stir in sugar and vanilla.
3. Stir in eggs, one at a time. Stir in flour and salt. Fold in white and milk chocolate chips.
4. Bake for 35 to 40 minutes, until a tester inserted in the centre of the brownies comes out clean. Cool before slicing.
Di sini pula saya sertakan resepi yang telah saya alihbahasakan.
BROWNIES COKLAT BERGANDA ANNA OLSON
Sumber : FoodNetWork
Arahan: Brownies Triple Chocolate
BAHAN BAHAN
10 oz (300 g) coklat pahit manis atau separa manis, dicincang
⅔ cawan (150 mL) mentega tanpa garam
¾ cawan (175 mL) gula
1 sudu kecil (5 mL) ekstrak vanila
3 biji telur besar
½ cawan (125 mL) tepung serbaguna
½ sudu kecil (2 mL) garam
3 oz (90 g) cip coklat putih atau ketulan
3 oz (90 g) ketulan coklat susu
CARA CARA
1. Panaskan ketuhar pada suhu 325 F (160 C) Gris dan lapik loyang bersaiz 8-inci dengan kertas minyak.
2. Di dalam sebuah mangkuk yang diletakkan di atas periuk berisi air hampir menggelegak, cairkan coklat dan mentega sambil dikacau perlahan-lahan. Alihkan periuk dari haba dan masukkan gula serta vanila. Kacau rata.
3. Masukkan telur, satu per satu sambil digaul rata. Diikuti dengan tepung dan garam. Kaupbalikkan cip coklat putih dan coklat susu ke dalam adunan hingga rata.
4. Bakar selama 35 hingga 40 minit, sehingga alat penguji yang ditusukkan di tengah-tengah brownies keluar bersih. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Saya gantikan coklat putih dengan coklat coins.
Saya juga tambahkan sedikit badam hiris pada bahagian atasnya.
HAPPY TRYING ! SELAMAT MENCUBA!
Thursday, September 24, 2015
Best Ever Congo Bars Recipe / Resepi Congo Bar Terbaik
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Inilah dia hasilan dari jagung yang saya tuai tempohari. Saya buatkan Congo Bar berjagung manis. Alhamdulillah, percubaan yang tidak sia sia, berbaloi rasanya mencuba resepi ini. Rasanya sangat sedap! Terimakasih banyak diucapkan kepada penyumbangnya.
Jika dibandingkan dengan resepi yang telah saya cuba sebelum ini, ternyata yang ini memberikan lebih kepuasan untuk dinikmati. Teksturnya lebih lembut, lembab dan lemak manis, apatah lagi saya hidangkan sewaktu masih panas panas, tak sabar pula rasanya saya nak makan.
Anak saya yang menjamahnya pun memberikan komen yang positif. "Mamaaaaa, sedaplah kueh ini, nanti mamaaa buat lagiiiii", sambil mulut tak henti henti mengunyahnya, lepas seketul, seketul masuk ke dalam mulut kecilnya.
SWEET CORN CONGO BARS
(maaf, tertukar namala pulak)
Sumber : KG
Ingredients
250g butter, I use President salted, soft
1 3/4 cups light brown sugar(330gm)
1 1/2 tsp vanilla
3 large eggs, weighing about 60g each
2 1/2 cups of self raising flour (320gm)
1 cup callebaut 54% cocoa choc buttons (choc chips)
1 cup bittersweet ghirardelli choc buttons
extra imported store bought choc buttons to spread on the batter
Using a wooden laddle mix butter with sugar and vanilla until all the butter disappears in the sugar. Add eggs one by one. Mix and please do not cream the eggs. Add the sifted flours in 3 additions, fold them in and not stir the batter. Mix the choc buttons and spread in 12x12in tin. I usually top with more chocolate chips and bake in a preheated oven at 160C for about 18 minutes.
Tuesday, September 22, 2015
Jagung Manis Segar / Fresh Sweet Corn
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ada jiran hulurkan 4 tongkol jagung dekat saya. Jagung Manis katanya. Seharian terperap di atas meja tanpa sesiapa menyentuhnya. Beria ia anak bujang saya kata nak ambil untuk direbus, tapi hampeh, jagung tak berganjak langsung dari dalam beg. Hmmm, seperti kebiasaan, jikalau mama yang tak memerah otak memikir dan menukarkannya menjadi sesuatu, alamat keringla jagung itu dalam beg.
Sebelum jagung mengalami kerosakkan, baik saya keluarkan isi jagung dari batangnya dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Kemudian masukkan kedalam petisejuk sementara menunggu angin kerajinan bertiup kembali. Cantik molek isi jagung tersebut, tersusun rapi umpama sebaris gigi yang tiada cacat celanya.
Sunday, September 20, 2015
Friday, September 18, 2015
Resepi Ikan Bakar Berempah terbaik
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Selamat berhujung minggu semua. Kalau tengah tercari cari resepi untuk makan tengahari nanti, apakata cuba resepi ikan bakar berempah ini. Sangat sedap!
Ikan ini saya dah siap potong menjadi kepingan. Pada mulanya saya ingin memasak kari tapi alih alih jadi ikan bakar
RESEPI SIAKAP BAKAR BEREMPAH
Sumber : Group Resepi Ringkas (Facebook)
Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
daun pisang atau aluminum foil
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut
Cara:
Ikan siakap dibersihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam. Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.
Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan
Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah garing tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan.
Sekiranya tidak mempunyai ketuhar, bolehlah dibakarkan di atas kuali. Tapi kena balikkan lah bungkusan ikan itu, atau dibakar diatas kuali yang bertutup.
Ini cara saya membakar ikan tersebut. Saya letakkan ikan yang telah dibungkus dgn aluminium foil ke dalam frying pan dan tutup dengan penutup periuk pengukus. Saya bakar menggunakan dapur gas. Malas pula nak masukkan ke dalam oven. Hasilnya tetap sama.
Ikan akan mengeluarkan cecairnya selepas dibakar. Tapi, bila dibiarkan di dalam foil selama beberapa jam cecair akan menyerap ke dalam ikan.
Ikan akan mengeluarkan cecairnya selepas dibakar. Tapi, bila dibiarkan di dalam foil selama beberapa jam cecair akan menyerap ke dalam ikan.
Yang ini rupa sebelum dibakar.
Wednesday, September 16, 2015
Resepi Apam Balik Tradisi (Malaysian Peanut Pancake)
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Tiba tiba teringin pulak nak makan apam balik. Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya membuat apam balik. Ini sarapan pagi kami sekeluarga pada pagi itu. Saya mencuba resepi yang hampir sama tapi dari dua penyumbang berbeza. Terimakasih diucapkan kepada kedua duanya kerana berkongsi resepi istimewa ini. Hasil apam balik dari resepi ini sungguh lembut, lemak dan sedap. Inti jagungnya pun saya buat mengikut resepi di bawah. In sha Allah pasti akan saya buat lagi nanti.
Sewaktu menghidangkannya, saya juraikan sedikit sos karamel diikuti dengan taburan coklat urai di atasnya. Wahhh, bestnyaaaa, nampak macam crepe pun ada. Boleh saya panggil apam ini sebagai crepe jagung berkacang bersama sos karamel???, glamer sikit kedengarannya??? heheheh, kenapa tidak kan, lagipun ini hasil kerjatangan kita sendiri.
APAM BALIK
Sumber : Ms Oreo@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
Cara-cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong.
APAM BALIK
Resepi : NoorMasri
Sumber : MekarMeWangi
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kurang sikit lah rasanya nanti)
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim @ homemade creamcorn
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega
Cara membuat:
Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.
Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.
Sapu sedikit mentega.
***homemade cream corn:
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.
Selamat Mencuba!