Pages

Friday, September 18, 2015

Resepi Ikan Bakar Berempah terbaik


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Selamat berhujung minggu semua.  Kalau tengah tercari cari resepi untuk makan tengahari nanti, apakata cuba resepi ikan bakar berempah ini.  Sangat sedap!

Ikan ini saya dah siap potong menjadi kepingan.  Pada mulanya saya ingin memasak   kari tapi alih alih jadi ikan bakar

RESEPI SIAKAP BAKAR BEREMPAH
Sumber  :  Group Resepi Ringkas (Facebook)

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
daun pisang atau aluminum foil

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 biji lada merah

2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut

Cara:
Ikan siakap dibersihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam. Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.
Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan
Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah garing tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan.
Sekiranya tidak mempunyai ketuhar, bolehlah dibakarkan di atas kuali. Tapi kena balikkan lah bungkusan ikan itu, atau dibakar diatas kuali yang bertutup.



Ini cara saya membakar ikan tersebut.  Saya letakkan ikan yang  telah dibungkus dgn aluminium foil ke dalam frying pan dan tutup dengan penutup periuk pengukus.  Saya bakar menggunakan dapur gas.  Malas pula nak masukkan ke dalam oven.   Hasilnya tetap sama.  
Ikan akan mengeluarkan cecairnya selepas dibakar.  Tapi, bila dibiarkan di dalam foil selama beberapa jam  cecair akan menyerap ke dalam ikan.  


Yang ini rupa sebelum dibakar.





1 comment:

  1. Perghhhh memang meleleh air liur akak wattie..
    Nampak sedap sangat :)

    ReplyDelete