Pages

Sunday, July 26, 2015

Resepi Rendang Pedas Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Inilah dia resepi Rendang Pedas Daging yang saya gandingkan dengan Lontong Johor pada n3 yang lepas.

RENDANG PEDAS DAGING
Sumber  :  SajianDapurBonda

Bahan-bahann A:
1 kg daging segar dipotong kecil anggaran 1 inci
2 batang serai dititik 
2 cawan pati santan + 2 cawan air 
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
4 - 5 helai daun limau purut (ikut suka)
2 - 3 keping asam gelugor
1 sudu besar gula pasir (ikut suka)
1 sudu besar gula merah atau gula perang (ikut suka)
1 sudu kecil perisa
Garam secukup rasa


Bahan-bahan B (dikisar dan dibuat pes):
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
5 biji cili padi untuk tambah pedas (ikut citarasa, tak wajib)
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
2 batang serai 
2 biji buah keras

Penyediaannya:
Perapkan daging selama lebih kurang 20 minit bersama dengan bahan-bahan B yang telah dikisar. 
Sediakan kuali yang besar (ikut kesesuaian), masukkan daging yang telah diperap dan santan bersama serai yang dititik. 
Masak sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk, tambahkan air. 
Selepas daging empuk, masukkan garam, gula, perisa, dan asam gelugor dan kacau rata. Tutupkan kuali dan masak sehingga hampir pekat. 

Setelah kuah hampir pekat, masukkan kerisik, daun kunyit, dan daun limau purut. Kacau sehingga kerisik sebati dengan kuah. Masa ini kita akan bau aromanya yang enak dan wangi.


Tips/Petua:
  • Bagi menghilangkan bau daging, gaul daging dengan sedikit tepung gandum dan sedikit cuka.  Biarkan 2 - 3 minit.  Kemudian dibasuh dengan air bersih dan ditoskan.
  • Buah keras digunakan untuk memekatkan kuah.
  • Daun kunyit dan daun limau purut digunakan bagi membangkitkan lagi aroma rendang pedas daging ini.


1 comment:

  1. Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin..salam 0-0 ^_^

    ReplyDelete