Pages

Friday, November 21, 2014

Resepi Mee Goreng Mamak Special

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Jom pekena mee mamak special!!!.   Fuhhhh, sedap giler mee ni.  Tudiaaaa, sedap pun sampai boleh jadi gila, hahaha, 
Sewaktu  menggoreng mee ni untuk sarapan pagi,   seorang demi seorang anak anak  datang bertanya "mama masak apa hari ni?"  Sekejap sekejap datang, tak pernah pulak jadi begini kejadiannya sebelum  ini.   Mungkin disebabkan aroma rempah rempah yang ditumis menyengat hidung mereka semua hehehe.  Siap beratur lagi menunggu mee masak.
Untuk resepi kali ini,  saya cuma memasukkan fishcake dan telur sahaja di dalam mee ini.  Sebabnya, itu sahaja yang ada dalam stok.  Kalau letak yang ini sahaja pun dah sedap bagai nak gila, bayangkan pula jika saya ikut betul betul resepi ini dengan mencampurkan daging dan udang, tak taula nak gambarkan sedap bagai nak apa pulak nanti hehehe.


Tengok pula siapakah gerangan penyumbang resepinya.  Khabarnya resepi ini dipelajari sewaktu beliau bekerja di sebuah restoren. Saya kopipes aja ya tanpa mengolah apa apa walaupun ada sedikit kecelaruan minda bila time nak menumis.  Pandai pandai koranglah nak mengadjust jika mau mencuba ya.
 Jom kita tengok sama sama,  zaaaaaassssss.....

Resepi Mee Goreng Mamak Special
Sumber  :  ResepiCikRuby

Bahan-bahan
5 ulas bawang putih yang diracik atau dicincang halus. 
1 + 1/2 senduk cili kisar (atau cili giling atau cili boh)
100gm daging lembu yang dicincang atau dipotong kecil (Daging lembu wajib diletak kerana melazatkan mee mamak)
20 ekor atau lebih udang yang ditanggalkan kepala dan kulit.  (Boleh juga ditambah sotong atau ayam dipotong kecil)
1/2 Senduk sos Cili 
1/2 Senduk Sos Tomato 
3/4 Senduk Kicap Manis
1 Bungkus Mee Kuning (1kg) (Mee kuning ini perlu dibasuh dan ditoskan terlebih dahulu) Mee kuning tidak boleh dimasak lama, jika tidak mee mamak anda kurang sedap. 
2 biji bawang besar yang dipotong mayang 
2 biji tomato yang dipotong nipis
4 Batang Daun Sawi yang dipotong kasar 
Boleh juga tambah fishcake, fishball yang dipotong nipis. 

Langkah-langkah Penyediaan
Pertama:
Panas minyak sehingga benar-benar panas dengan api sederhana besar. Biar berasap sikit. Setelah minyak panas, barulah masukkan bawang putih cincang.
Tumis bawang putih sehingga naik bawang dan warnanya sedikit keperangan. Kemudian masukkan satu dan setengah senduk cili kisar. Dan masak sehingga naik minyak. Sukatan minyak masak, agak-agak cukup untuk menumis bawang putih dan cili kisar.
Kedua: 
Setelah naik minyak, masukkan daging cincang dan kacau hingga sama rata dan terus masukkan udang basah dan kacau hingga sama rata. Tumis bawang putih sehingga naik bawang dan warnanya sedikit keperangan. Kemudian masukkan satu dan setengah senduk cili kisar. Dan masak sehingga naik minyak. Sukatan minyak masak, agak-agak cukup untuk menumis bawang putih dan cili kisar.

Ketiga: 
Boleh terus masukkan 1/2 senduk Sos Cili, 1/2 Senduk Sos Tomato dan 3/4 senduk Kicap Cair Manis. Tapi biasanya kalo saya masak dirumah, saya tidaklah sukat, tuang agak-agak sahaja. Masa saya bekerja di restoran dulu, mereka letakkan juga kicap pekat dan sos tiram. Namun tanpa kicap pekat dan sos tiram, tetap sedap rasanya.
Keempat: 
Masukkan lebih kurang 2 sudu gula dan 1 sudu teh garam. Garam dan gula secukup rasa bergantung kepada anda. Tunggu sehingga daging dan udang basah benar-benar masak dalam 10-15 minit. Daging yang dicincang cepat dimasak.
Terakhir: 
Masukkan mee kuning, hirisan tomato, bawang besar dan sawi. Dan kacau sehingga sama rata. Peringatan penting. Mee kuning tidak boleh dimasak terlalu lama. Jika tidak, ia akan kembang dan kurang sedap. Apabila anda memasukkan mee kuning, kacau dalam 5 minit dan matikan api. (Jika anda mahu masukkan tauge, masukkan lebih awal sebelum memasukkan mee kuning)
Jika anda mahukan mee goreng mamak anda lebih gelap atau hitam, tambahkan kicap cair lagi. Biasanya di restoran, mereka gunakan kicap pekat untuk menghitamkannya. Namun pada saya kicap pekat menyebabkan rasa mee mamak kurang sedap.

Makan bertambahlah rakyat di rumah hari ini..  Maklumlah mee mamak special, setahun tak sekali baru buat, hehehe.

3 comments:

  1. Sedapnya..jdi lpar perut ni tengok..;)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap... kena rasa baru puji lagi... bila nak buat open hse untuk blogger... wakakakaa

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah kak .. dah cube buat .. sedap sgat . ADik sdare smpy mintak lagi ... hehe

    ReplyDelete