Pages

Wednesday, July 9, 2014

Shabsuka



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Saya benar benar buntu pada hari itu memikirkan hidangan yang sesuai untuk  berbuka puasa, kering idea dibuatnya.  Asyik asyik ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam kari, telur dadar,  boringnyaaaaaaa......  Hajat dihati ni teringin jugak nak mencuba sesuatu yang baru dan lain dari yang lain.

BIla peti sejuk dibuka, yang mula mula sekali terpandang adalah  daging lembu kisar yang dah agak lama dibeli.  Pikir punya pikir, punya pikir hehehe, last last teringat pada sajian arab yang sungguh menyelerakan ini, iaitulah shabsuka namanya.  Sebenarnya dah lama teringin nak buat, cuma kerajinannya saja tak muncul muncul.  Jadi, hari ini kami berbuka puasa dengan hidangan arabic cuisine.  Alhamdulillah,  hidangan ini  telah  berjaya menambat hati anak anak.  Mereka siap suruh buat lagi,  hmmmm  tunggulah anak anak, tak taulah bila pulak angin rajin akan melanda lagi.

Terimakasih banyak Ayu kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh sedap ini.  Jom kita tengok bahan bahannya, manalah tau kot kot ada yang teringin, bolehlah mencuba.  Macam biasalah kita copypaste dr rumah Ayu.


SHABSUKA
Sources  :  Resepi.Net
Sources  :  Ayu@Curlybsbesatisfaction (terimakasih ya)

 Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
 4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji tomato dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)




 Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu) some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)


 Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes. Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface. Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-

(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotonfg dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)


 Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)

Put the beef in a bake able dish and level it. Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-

(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selam 15 minit atau hingga telur hampir masak. 

Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang) 


 Note* Another method of serving shabsuka. Serve beef mixture on a plate. Sprinkle the toppings. Add fried eggs.(No need to bake).. and dip in with bread.

(Kaedah lain, ketika menghidangkan shabsuka, adalah, ceduk adunan daging keatas pinggan, taburkan bahan2 taburan dan makan dengan telur yang sudah digoreng dan cicah dengan roti.(Tak perlu dibakar)

Selamat Mencuba dan Selamat Berbuka

1 comment:

  1. Assalam kak wattie...
    Ni kita datang bawa pinggan kosong..
    Shukur alhamdullilah anak2 akak suka shabsuka ni..
    Anak2 kita kalau makan kita bakar daging ya tu aje dgn telur..yang topping ya tu dia org tak makan..heheh..apa2..terimakasih ya kak Sudi mencuba...;)

    ReplyDelete