Pages

Tuesday, July 8, 2014

Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Menu berbuka puasa.


ROTI JALA 

 Bahan bahannya  :-
 250 gm tepung gandum 
 1 sudu kecil tepung ubi 
 2 biji telur 
 500 ml santan 
 1/ 2 sudu kecil garam 
 3 sudu besar butter di cairkan /minyak masak 


 Cara cara 
Satukan tepung gandum, tepung ubi dan garam, masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Pecahkah telur dan gaul rata. Campurkan pula butter dan gaul lagi. Untuk mendapatkan adunan yang lebih halus masukkan ke dalam blender dan kisar. Kemudian tapis adunan ke dalam bekas. Panaskan kuali tidak lekat ~ non stick pan. Sapu sedikit minyak untuk kali pertama sahaja. Bila kuali telah panas, mulalah menjala roti. Biarkan adunan roti jala masak (kelihatan kering pada permukaannya). Angkat dan terbalikkan dalam pinggan. Lipat atau gulung mengikut kesukaan. Ulang hingga adunan habis di masak.










1 comment: