Pages

Sunday, February 9, 2014

Rainbow Cake bertemakan "SAVE PALESTINE"



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek yang bertemakan "Save Palestine" ini saya buatkan sebagai memenuhi permintaan Afrohah dari Putrajaya  yang pulang ke kampung untuk menziarahi ibu dan bapa mertua di Permatang Pauh, Pulau Pinang sempena cuti tahun baru cina yang lalu.   
 Alang-alang teringin nak merasa kek buatan Kak Wattie, katanya.   


Afrohah membuat tempahan untuk majlis hari jadi kecil-kecilan anak-anak dan suami pada 1 Februari  2014 yang lepas.  Anak sulung Afrohah sangat obses dengan Palestine dan setiap kali hari jadi dia mesti  request tema yang sama.  

Sebenarnya saya ini tidaklah pandai mendeko kek kek yang bertema, amaturlah katakan, tapi keinginan untuk mencuba senantiasa berkobar kobar.   Inilah   peluang terbaik dan cabaran paling mahal untuk saya mencungkil bakat bakat yang terpendam sekiranya ada.   Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang yang pastinya sukar untuk digapai dek tangan nan kerdil,  tetapi akan berusaha  memberikan yang terbaik sedaya mungkin, in sha Allah,

Opppsss, apahal dok madah berhelah pulak ni heheheh.  Jom kita selidik serba sedikit tentang kek ini.   Untuk hiasan bendera yang berkibar serta lain lain tulisan saya buatkan dari readymade fondant, manakala krim luarannya adalah italian meringue buttercream.   Jadi, beginilah hasilannya.


Terlanjur berbicara tentang kek yang bertemakan Palestin, 
marilah kita sama sama menghayati  sajak yang menyentuh hati nurani ini.

Sajak untuk PALESTIN

PALESTIN 
Tanah mu bergolak lagi 
Dengan pekatan warna merah 
Terpercik di sana sini 
Sorak dan teriak 
Kedengaran di mana-mana 


Anak-anak mencari ibu bapanya 
Hilang entah kemana 
Di panah peluru berhantu 
Dari puak kejam…..... Zionis durjana 


PALESTIN 
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah 
Tidak pernah aman dari peluru hidup 
Menembusi remaja dan kanak kanak 
Tanpa belas kasihan 


Dari air mata mereka yang tidak berdosa 
Wajah ibu yang suram 
Ayah nan derita 
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih 
Dan darah membasahinya 


Kedengaran teriakan dan percikan peluru bersama 
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua 
Menggegarkan suasana bahagia 
Menjadi duka Nestapa 


PALESTIN
Mereka hanya melihat negara mu 
Dari corong berita palsu CNN 
Menutup segala aib zionis durjana 
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa 
Tidak kira siapa. 


Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa 
Meraung karana terasa sakit pabila Kudung tangan dan kakinya 
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah 

** Karya asal:-http://www.fazdli.com/lain-lain/sajak-untuk-palestin/




Selamat Hari Lahir diucapkan buat Ariff dan Akeef.  Semuga hidup kalian berdua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, Amin.









Rainbow Cake In The Making!   
Ini gambar kek yang baru dikeluarkan dari oven, panas, panasssss.....


Taraaaa, inilah rupanya sebelum didekorasi.  Susunan warna warna pelangi.




Di samping kek pelangi, Afrohah juga menempah baked macaroni dan apam ladybird mekar.  Sengaja saya asingkan n3 nya disebabkan gambar yang diambil agak banyak.  

Jadi, nantikan kemunculannya di n3 yang akan datang ya....

No comments:

Post a Comment