Pages

Monday, February 10, 2014

Kek Pelangi, Makaroni Bakar dan Apam LadyBird Mekar, Afrohah, Putrajaya



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Inilah kesemua tempahan Afrohah dari Putrajaya sebagaimana yang saya sebutkan pada n3 yang lepas.  Afrohah menempah rainbow cake bertemakan "Save Palestine", Baked Macaroni dan Apam LadyBird Mekar.




Perfect combo for a celebration !!!


Rainbow Cake bertemakan  "Save Palestine"




Baked Macaroni  dengan perkataan   "Happy Birthday Ayah & Ummi".  Semuga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, Amin.



Idea yang menarik bukan.  Jika tak suka makan kek, bolehlah cuba makaroni bakar pula.



Apam LadyBird Mekar.  First time customer order apam ni, hehehe.  Terimakasih Afrohah kerana memahami bahawa sanya apam akak  sekejap menjadi sekejap tak heheheh.


Senang buat apam ni, tak payah susah payah adjust api utk dptkan bentuk ladybird.  Bila mekar jadila pula "apam happybird",   tentu ceria suasana. 


Ini sms feedback yang saya terima keesokan harinya daripada Afrohah  :-

Salam Kak Watti, alhamdulillah semua juadah semalam sedap2 dan lawa2 belaka.  In sha Allah lepas ni kalau balik Ptg Pauh kami nak try kek dan pastry Kak Watti yang lain pulak.

Alhamdulillah, terimakasih banyak, syukur ke hadratNYA kerana memungkinkan segalanya.  In sha Allah jika ada rezeki boleh kita berurusan lagi.



Selamat Hari Lahir diucapkan buat Ariff dan Akeef, semuga hidup kalian berdua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah senantiasa, amin.



Terimakasih banyak diatas tempahan ini, sebarang kekurangan haraplah dimaafkan.

7 comments:

  1. alhamdulillah... murah rezeki Wattie... cantik sgt deko kek save Palestine tu...
    bila tgk apam ladybird mekar tu... itu yg selalu buat sy berdebar2 setiap kali buat apam ladybird.. takutnyaaa jika ia mekar sedangkan customer minta apam ladybird yg sepatutnya tak mekar.. hehehe... kalau ada yg minta mekar tu.. memang senang kerja kan Wattie... susah nak adjust api yang betul2 memenuhi kehendak apam yg cerewet ni... hehehe...

    ReplyDelete
  2. wow... terujanya macaroni tu... best best

    ReplyDelete
  3. banyak order tu..syukur la kan..apapun, makaroni bakar tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. Akk kat mana. Macam mana nak oder macaroni tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kat Sbg Perai, Pulau Pinang. Boleh sms no tel di atas sekiranya berminat

      Delete