Pages

Monday, September 23, 2013

Sebungkus Nasi Lemak Gulai Ikan Kering dan Segelas Air Suam



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Inilah sarapan saya suatu pagi yang hening pada hari itu.   Sebungkus nasi lemak serta segelas air suam.


Nasi lemak berlaukkan gulai ikan kering.  Bersaiz mini beralaskan daun pisang.  Hanya sehiris nipis ikan kering( bukan seketul ya) sebesar hujung jari kelingkingku serta sehiris ubi kentang dan sehelai daun kari. menjadi peneman nasi lemakku  itu.  Itulah harga yang suamiku bayar untuk sebungkus nasi lemak berharga 60sen.


Sebenarnya tiada lagi nasi lemak berharga dibawah RM1 yang boleh kedapatan berhampiran kediamanku. Hanya penjual itu seorang sajalah yang masih mengekalkan tradisi lamanya.   Alhamdulillah, dapat juga mereka mereka yang berpendapatan sederhana  merasainya.   Tapi......  sampai bila ya.....tak dapatlah dipastikan....... apatah lagi  dengan harga barangan dan kos sara hidup yang semakin melambung tinggi ......


 Rata ratanya harga sebungkus nasi lemak biasa yang berlaukkan  sambal ikan bilis serta telur rebus yang dipotong 4 atau 6 dan jika yang agak prihatin, diselitkan juga sehiris timun adalah RM1.   Jika ingin membeli nasi lemak dengan pelbagai  jenis lauk pilihan, harganya paling kurang RM2.50.


Jom kita.........

No comments:

Post a Comment