Pages

Saturday, September 21, 2013

My first Barbie Doll Cake, yeaaaaahhhhh


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Akhirnya dapat juga merealisasikan impian saya untuk menghasilkan kek anak patung comel barbie ini,  
Kek  ini saya buat sebagai memenuhi permintaan Fatimah untuk anak anak tersayang

Mari kita baca apa kata Fatimah yang membuatkan hati saya tergerak untuk menerima tempahan kek ini.   
 Fatimah sms bertanya  :  Akak, boleh buat kek barbie doll  tak?  
Alamak!,  kek tu akak tak pi menuntut lagi, takut tak elok pula kejadiannya, jawab saya jujur, hehehe.  
Kata Fatimah lagi :  Akak tak nak cuba ker untuk saya ?  
Jawab saya lagi : Teringin juga nak mencuba, tapi kalau tak menepati piawaian, jangan marah, boleh gitu?
Kata Fatimah  :  Boleh juga,  tapi saya nak kek yang ada coklat dalam dan luar.  Deko kek akak buat macamana pun tak apa.
Jawab saya  :  Ok, akak cuba ya.

Waaaa, ini sudah bagus, lampu hijau telah diberikan.  Lagipun Fatimah telah beberapa kali menempah daripada saya.   Di dalam hati sudah berbunga mekar dan tak sabar sabar ingin mendeko kek idaman.  Sememangnya telah lama saya menyimpan hasrat untuk menghasilkan kek barbie ataupun kek princess, tapi seringkali itu juga hasrat itu terbantut memandangkan saya tak punya anak perempuan.  Takut  nanti diketawakan pula dek hubby dan anak anak.


Maka fikiranku mulailah berimaginasi, tentang pakaian dan dandanan si barbie doll.    




Saya membakar 3 biji kek menggunakan loyang yang berlainan saiz dan menggabungkannya bagi menghasilkan gaun barbie.


Memandangkan Fatimah inginkan kek yang kesemuanya berasaskan coklat, maka untuk deko kek saya  menggunakan coklat bagi menghasilkan ganache  untuk disapu pada keseluruhan  kek sebagai  gaun siputeri.  Bunga bungaan juga dihasilkan daripada coklat.   Hanya sedikit  buttercream untuk dedaun hijau yang saya gabungkan serta manik manik kecil bagi menyerlahkan rupa kek.


Hi,  whats up!!!


Inilah rupa anak patung barbie semasa mula mula dibeli, masih berbungkus dengan plastik.  Tanpa baju, oppssss maaf ya. Anak lelaki saya juga agak malu malu bila terpandangkan patung barbie ini, cepat cepat saya sorokkan. Mereka hairan apa pula yang ingin dilakukan oleh mama dengan anak patung comel ini.

  Rambutnya panjang mengurai, masih belum didandan.  Seharian saya memikir bagaimana cara untuk mendandan rambut si puteri.  Syukur anak patung dibeli awal, jadi saya punya banyak waktu  untuk mencari idea.


Hasilnya,........hehehe entah apa apa yang didandan oleh jemari kasarku ini.  
Allmaklumlah, saya tidak mempunyai anak perempuan, jadi tak pernah punyai pengalaman mendandan rambut.  Kesudahannya, saya buatkan sanggul yang tinggi menggunung dan ikatkan dengan riben.   Lebihan rambut yang terjuntai saya biarkan begitu sahaja, sayang pula jika digunting.  Itu saja yang dapat saya fikirkan pada ketika itu, alasannya,....... idea tak mariiiiiiiii......huwaaaaa.   






Selain kek, Fatimah juga menempah apam dot dot dan cream puff





Malam itu saya terima sms feedback daripada Fatimah berbunyi begini  :
Assalam..kak, semua sedap, kek cantik, lama tak update dalam blog, updatela......

InsyaALLAH...... ni akak dah mulai mengemaskini kesemua gambar gambar yang ada,  Apatah lagi, ini merupakan kek barbie yang pertama. semestinya akak akan memaparkannya sebagai kenang kenangan.


Pastinya terdapat banyak kekurangan bagi hasilan yang pertama.  Namun bagi saya, hasilan yang sebegini amat amat membahagiakan hati saya, terasa suatu macam kepuasan bila melihatkan kesudahannya.  Alhamdulilah,,,,,,,, Syukur kepadaNYA kerana memungkinkan segalanya.  Sesungguhnya segala yang baik itu hanya daripadanya,


Kepada Fatimah, terimakasih banyak akak ucapkan kerana sentiasa memberi akak peluang dan sepenuh kepercayaan bagi menghasilkan kek barbie doll dan seumpamanya.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan   Terimakasih juga diatas sokongan yang telah diberikan  selama ini.


Last but not least  HAPPY BIRTHDAY IYA & ALIF.   Semuga menjadi anak yang soleh dan solehah, amin.

5 comments:

  1. salam kak..

    wah,tahniah la sebab Berjaya hasilkan kek Barbie doll..bukan senang bagi yang belum ada pengalaman buat kek Barbie kan..apapun, kek Nampak cantik..semoga terus maju bisnesnya kak..

    ReplyDelete
  2. wow....gaun barbie kaler dark brown...unik!! keep it up kak wattie...peh ni misti ada yg order lg...bule prektis lagi...

    ReplyDelete
  3. salam...
    tahniah sebab dah berani cuba bt...
    sy ni belom tentu lagi bila nk try...

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum Kak Wattie..Wahhhh impian terlaksana sudahhhh walau bukan untuk potong sendiri...

    Apa pun saya suka sanggul barbie tu....klasik....

    ReplyDelete
  5. salam kak wattie.. cantik giler..tahniah kak :)

    ReplyDelete