Pages

Friday, July 13, 2012

Ayam Panggang Madu Master Chef Celebrity Sabri Hassan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


Satu hidangan yang bagi saya patut dicuba oleh semua orang kerana rasanya yang sungguh enak. Resepi ini direkakhas oleh chef untuk open house aidilfitri. Jadi, bagi sesiapa yang bercadang untuk membuat open house pada aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi, bolehlah mencuba resepi ini, dijamin sedap.

Baru keluar dari oven........panasssssss, panassssss

Resepi ni saya tukil dari dapur Master Chef Celebrity Sabri Hassan. Terimakasih banyak ya Chef kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini, jasamu dikenang. 


AYAM PANGGANG MADU 
SUHU KETUHAR - 170C 
MASA: 35- 40 MINIT 
SUKATAN: 8 ORANG 


BAHAN: 1 ekor Ayam - dipotong 8 bahan perapan 
8 sdm Minyak Zaitun 
4 ulas Bawang putih - di cincang kasar 
3 biji Bawang merah - di cincang kasar 
1inci Halia - dicincang kasar 
1 sdm Lada hitam - di kisar 
2 biji Air perahan limau nipis 
3 sdm Madu lebah 
2 btg Lobak merah - dibuang kulit - di potong kasar 
1 btg Celery - dibuang kulit - dipotong kasar 
15 biji Cherry tomato - di potong 2 
2 sdm Sos Tiram 
3 sdm Cili Flake atau cili padi di hiris 
8 biji Ubi kentang - di buang kulit di potong wedges 
1 sdm Garam secukup rasa 
3 sdm Serbuk kari ayam 
2 sdk Serbuk perasa ayam
Cara-cara :
Masukan semua bahan kedalam mangkuk besar dan perap ayam sekurang-kurang 30 minit, panaskan ketuhar pada suhu 160-170c . Masukan ayam yang telah diperap kedalam dulang pembakar, dan panggang dalam ketuhar selama 30 - 40 minit. Resipi ini sesuai di hidang dengan sos lada hitam


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.......

9 comments:

  1. Fuhh..sedapnya nmpk ayam tu..lapo lak nengoknya..hehe

    ReplyDelete
  2. Ting tong ting tong... assalamualaikum Wattieku sayanggg...
    Amie bawa nasi sepinggan ni, nak makan sama ayam panggang madu bahagian peha...bubuh sos lebih2 ye Wattie...mmmmmm yummy!

    ReplyDelete
  3. waduh..daapnyer k.wattie!! terliur dh ni..huhu!

    ReplyDelete
  4. Waw..mana tahan klu hari2 nampak yg sedap2 mcm ni....telan2 liur je la..

    ReplyDelete
  5. sedap sangat tengok gambar tu ngancam betul lah Wattie..

    ReplyDelete
  6. ayam panggang madu memang terbaeklah...ratah je pun sedap kan

    ReplyDelete
  7. Salam k.Wattie. tengok ayam k.Wattie hidangkan ni dah tahu kesedapannya....boleh masuk senarai akan dicuba..

    ReplyDelete
  8. sedapnya...nanti nak cuba utk menu berbuka..hehehhe

    ReplyDelete