Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Monday, December 12, 2011
Rendang Ayam Minang Pak Engku
Salam semua,
Satu lagi menu tengahari yang dah agak lama dibuat. Resepi ni saya perolehi dari blog FromIntanKitchen sewaktu mencari resepi ayam. Rendang minang saya jadi kaler merah sebab saya guna cili mesin menggantikan stok cili padi yang dah habis. Walaupun begitu, rasanya tetap maintain sedap. Terimakasih diucapkan kepada Ita kerana sudi berkongsi resepi sedap ini.
RENDANG AYAM MINANG
By: Pak Engku
1 ekor ayam kampung - klu tak de ayam bandar pun ok! dipotong 8
5 ulas bawang putih - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
30 biji cili api - dikisar - sy guna cili mesin sbb cili padi takder stok
2 inc halia - dikisar
4 batang serai - 2 kisar 2 lagi dititik
1 inc lengkuas
rempah tumis - 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1 sudu teh jintan manis - kisar serbuk pun boleh
1 sudu makan lada hitam - kisar serbuk pun boleh
minyak
sebiji santan kelapa
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit dimayang
2 kiub ayam - ita tambah
1 sudu kecil serbuk kunyit - ita tambah
Tumiskan rempah tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan serai titik dan masak hingga kekuningan. Bila sudah kekuningan masukkan jintan manis, lada hitam, serbuk kunyit, dan kiub ayam. kacau rata.
Setelah kuah sedikit kering, masukkan santan, ayam dan kerisik satu persatu.
Bila ayam sudah masak, masukkan garam dan gula seenak rasa dan daun kunyit.
Tunggu sehingga kuah pekat barulah sedia untuk hidangan.
Assalamualaikum Wattie
ReplyDeletekecur tengok rendang tu...ish mesti sedap nie....
Selamat petang Wattie,
ReplyDeleterindu nak makan rendang begini...bilalah nak cuba resepi2 Wattie yang semuanya enak2 belaka.
Kak Wattie,kat umah akak mmg semua best2 menu ayam yg disajikan..Adeiii terliurnya kak wattie,meh semangkuk kak sy nak cicah roti benggali,hihi..
ReplyDeleteSalam Wattie...
ReplyDeletebestnye kat sini..ada rendang ayam...adeii..sedapnya mkn ngan nasi pulut..bertambah-tambah nasi kat pinggan..
nak berjirandgn wattie boleh?
ReplyDeleteNampak sungguh sedap. Nnt nak cuba juga. Terima kasih kr berkongsi resepi
ReplyDelete