Pages

Saturday, December 10, 2011

Kari Udang dan Buncis

Salam semua,

Menu yang agak kerap dibuat. Simple tetapi sedap dan menjadi kegemaran famili

KARI UDANG DENGAN BUNCIS

300 gm udang segar
7 sb rempah kari udang campuran (saya guna rempah baba)
6 - 7 batang kacang buncis dipotong serong
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa
2 tangkai daun kari

Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 cm halia

Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris

garam dan lada sulah secukupnya


Cara-caranya:
1. Udang dibuang misainya dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari dan cili mesin, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis dan daun kari hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kacang buncis dan udang.
7. Masukkan pula garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.

Nota : Selepas dimasukkan udang dan kacang buncis, jgn biarkan terlalu lama atau udang akan mengecut.

5 comments:

  1. Assalam Wattie,
    perut yang kenyang jadi lapar bila tengok hidangan kari udang dengan buncis ni...sedapnya! bilalah boleh rasa hasil air tangan Wattie yang lazat begini.

    ReplyDelete
  2. Salam Wattie...memang terasa manisnya isi udang tu bila dimasak kari..sedap dan mengenyangkan.

    ReplyDelete
  3. kari udang memang best
    besarnya udang tu...sedap

    ReplyDelete
  4. gemuk2 udangnya kak..teringat udang kari kedai mamak..nak beli skit nye mahal..buat sendiri lagi bagus...hehhehe

    ReplyDelete