Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Thursday, October 27, 2011
Nasi Beriani Daging
Assalamualaikum dan selamat petang khamis semua,
Pagi semalam sempena dengan cuti Deepavali, hubby minta buatkan nasi beriani daging. Ishhhhh.....malasnya rasa, tambah tambah beriani daging. Jam masa tu pulak dah pukul 10.00pagi, daging masih kat pasar lagi. Habis tu pukul berapa nak leh lunch? Kata hubby pukul 2petang siapla tu, pandai dia berkira kira waktunya dan memujuk. Hmmmm......oklah tu, tapi dengan satu syarat! heheheh. Pakai bersyarat pulak dah. Syaratnya ialah, hubby kena siang daging tu dan cuci bersih bersih. Kata hubby, "yang tu no problem", tersenyum lebar kita dibuatnya. Apalagi, terus buat list barang barang yang perlu dibeli dan bagi kat hubby.
Sementara tunggu hubby pulang dari pasar, kita pun siapkanlah sikit sikit barang barang yang dah sedia ada kat rumah, mesin bawang, mesin cili, tumbuk lada, ambil daun pandan dll. Bila hubby balik terus dia asah pisau, maklum pisau kita pun dah tumpul. Boringnya saya bila tengok hubby buat kerja, tersangatlah berhati hati, lambat sungguh jadinya. Kalau bukak restoren cam ni alamat larilah semua pelanggan sebab tak tahan lama menunggu. Tak nak buang masa, saya pun ke belakang menyidai kain. Separuh jalan, hubby dah siap dengan daging dagingnya. Jadi, tukar tugaslah pulak nampaknya, hubby sidai kain, saya teruskan aktiviti masak memasak saya. Sekejap aja buatnya nasi ni, yang lamanya tu sebab menunggu daging empok. Apa saja petua yang kita dengar untuk melembutkan daging semua saya ikut, ada yang kata letak sudu stainless steel dalam kuah, saya letak. Ada yang kata letak minyak sikit dalam kuah saya letak, ada yang kata letak gula batu saya letak, tak rugikan mencuba.
Taraaaaaa..... amacam rupa nasi beriani daging saya kali ni, mengancam jiwa tak??? Nampak tak kismis yang berkilau tu. Hubby terbeli kismis minda, kismis hitam lak tu, katanya itu saja yang ada, lagipun katanya lagi orang kat pasar beritahu barang barang cepat habis sebab ramai sangat yang nak buat nasi beriani hari ni.
Opsss, sat nak pangge Amie. Amieeeeeeeee oooooo Amieeeeee, mai sini lekaih, ni akak dah cuba resepi dari dapur Amie. Mak aaaiiiiii Amieeee, macam yang Amie cakap, memang sedap sungguh sungguh, sedap banget ni, marvelous giler, akak tak tipuuuuuuuuuuu (sambil dua dua ibu jari terangkat naik). Terimakasih bebanyak AMIE kerana sudi berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini, izinkan akak untuk perpanjangkannya di sini pulak ya.
Kita tanya jugakla kat tok penghulu rumah kita, camana rasanya. Hmmmm.....tak dak jawapan jugaklah nampaknya macam selalu. Bila kita tanya nak tambah tak, terus hubby huluq pinggan, kita pun faham faham la kan. Orang lelaki ni cam tu la kan! Kalau tak sedap tu, cepat aja jawabnya, masinlah, masamlah, tawarlah, tak sedaplah, tapi kalau sedap bagai nak rak pun, dia buat donno aja.....hmmmmm sabo ajalah....Tapi kenkadang tu boringlah jugak, sekali sekala puji apala salahnya kan, bukan nak rugi apa pun, tambah semangat lagi kita nak memasakkan.
Yang ni rupa masa dalam periuk lagi, masa ni baru bukak tudung periuk, tak gembur apa lagi. fuhhhhh....baunya saja sudah membangkitkan selera saya, wangiiiiiii.....
Nasi Beriani
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor
Resepi : Nasi Beriani
Chef : Noraini Margono
Chef II : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 mangkuk beras Basmathi
1/2 mangkuk susu cair
2 sudu besar susu pekat - sy tak letak
1/2 mangkuk minyak sapi - sy letak 3 sb minyak sapi campur 3 sb minyak masak
2 ulas bawang merah - hiris
1 batang serai - ketuk - sy letak 2 batang
rempah penumis -kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
1 helai daun pandan - sy letak 3 helai, ambik ko
2 sudu besar pewarna kuning
3 mangkuk air
1/2 mangkuk kuah beriani
1/2 mangkuk minyak Daging Beriani
1 biji limau nipis
sedikit garam
Cara menyediakannya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Goreng rempah penumis, serai, dan bawang merah hingga kekuningan.
3. Setelah bawang kekuningan, masukkan beras, gaul rata hingga beras berkilat.
4. Masak air, garam dan daun pandan di dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan susu dan akhir sekali air limau nipis.
5. Setelah air mendidih lagi, masukkan beras dan kacau rata. Tutup periuk rapat-rapat.
6. Setelah air kering, kacau nasi perlahan-lahan.
7. Buatkan beberapa lubang pada nasi dan tuangkan pewarna.
8. Buat lubang lain pada nasi, tuangkan kuah beriani.
9. Jika suka daging juga boleh dimasukkan ke dalam nasi dengan membuat lubang yang lebih besar.
10. Akhir sekali ratakan nasi dan tuangkan minyak Daging Beriani ke atas keseluruhan permukaan nasi.
11. Tutup periuk hingga nasi masak.
Yang ni pulak beriani daging gandingan nasi kat atas tu. Saya tambahkan cili hijau dan tomato biar nampak cantik sikit.
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor
Resepi : Daging Beriani
Chef : Noraini Margono
Chef II : Amie's Little Kitchen
Daging Beriani
Bahan A:
1 kg daging kambing/lamb/ayam/lembu - pilihan
1/2 mangkuk minyak
1/2 mangkuk rempah kari daging = sy guna cap Babas
1/2 mangkuk rempah beriani - sy guna jenama Adabi
1 sudu lada hitam - tumbuk
Bahan B:
6 tangkai lada kering - sy letak 5 sudu besar
3 ulas bawang putih - sy letak 5 ulas
3 ulas bawang merah - sy letak 5 ulas
4cm halia
Bahan C:
1/2 mangkuk madu - sy letak 3 sb jer, tambah seketul gula batu
1/2 mangkuk puri tomato - sy letak 3 sb jer
2 mangkuk santan - sy letak 1 mangkuk jer nak kurangkan kolesterol hehehe
1 sudu besar garam
Bahan D:
1/2 mangkuk kismis - goreng - letak untuk hiasan jer
1/2 mangkuk gajus - goreng - letak untuk hiasan jer
1/2 mangkuk badam - goreng - sy tak letak pun
1/2 mangkuk daun pudina
Cara menyediakan:
1. Jika menggunakan daging, rebus daging hingga empuk. Jika menggunakan ayam, ayam hendaklah digoreng.
2. Kisar kesemua bahan B.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Setelah itu masukkan rempah kari dan rempah beriani. Gaul rata sehingga rempah dan Bahan B bersatu.
5. Masukkan Bahan C. Kacau rata. Masukkan daging.
6. Masak sehingga pekat dan terbit minyak.
7. Sebelum matikan api, masukkan separuh Bahan D dan separuh lagi masukkan ke dalam nasi.
8. Akhir sekali masukkan lada hitam dan separuh bahagian daun pudina.
P/S: Amie tidak gunakan puri tomato sebaliknya Amie gunakan yogurt asli. Amie juga tidak memasukkan Bahan D. Tuang 1/2 mangkuk minyak dan 1/2 mangkuk kuah Daging Beriani ke dalam mangkuk untuk dicampur dengan Nasi Beriani yang akan dimasak sebentar lagi.... tungguh yea....
Yang ni pun hubby yang request, daging goreng kunyit aja, letak bawang banyak banyak, sedap sangat.....
yang ni baru lengkap. Hahhh.....apa ditunggu lagi, pi basuh tangan lekaih, mai kita makan nasi beriani.......keh keh keh...
sangat terkesan di hati nengoknya....terus rasa lapar...adui....
ReplyDeleteUwaaaaaaa..... patutlah tersedak-sedak dari petang tadi, rupanya ada orang seru nama.... waduh Wattie... mengancam sungguh nasi beriani tu! Cukup lengkap segala bahan, mesti rasanya 2X ganda sedap! Mana Amie punya.... nak tapau sepinggan, nak makan rebut-rebut dengan anak-anak... memang berbaloi kan Wattie, sedap sangat, tak rugi mencuba...
ReplyDeletewaw..waw..waw...tak terkata..nak cakap apa lagi..semua uda ada..meyelerakan betul...tolong.tak tahan dg godaan nasi beriani..
ReplyDeleteAslmkum Wattie..
ReplyDeleteSet lengkap nasi beriani k.Wattie...nampak sedap sgt....wpun baru semlm makan nasi beriani...terliur lagi tengok set nasi k.Wattie
salam kak wattie, saya dah buat semalam triffle cake yg mcm kak wattie buat tuk red velvet tu..tapi lum sempat rasa lagi..hehheh
ReplyDeletesedapnya nasi beriani ni..kalau tetamu datang kerumah saya nak cubalah resipi ni..
ReplyDeleteAssalamualaiku Wattie,
ReplyDeleteamboi kita dh tertinggal ketapi nie...ada lagi ke nasi briani tu...ish mmg terguder dibuat nya...nampak sungguh2 sedap...kita telan air liur aje la nie.
Haaa...sampai salah salam...hehe....Assalamualaikum!!Hehe.
ReplyDeletesalam kak wattie..kenapa saya tak perasan menu briyani akak ni kat dashboard saya ye..ish..ish..ish..ketinggalan sudah.....
ReplyDeletenanti nak cuba la resepi kak amie ni...:)
Nuwairani,
ReplyDeleteNampak gayanya kenala ke dapur untuk hilangkan lapur tu
Amie,
Memang berganda ganda sedap ni Amie, akak tak tipu. Cuba tengok kat bawah tu kan ada 2 pinggan, satu utk Amie la tu.....
Rahel.
Tak leh nak tolong dah ni Rahel, kena la pi dapur buat apa apa yg patut
Mamasya,
Wsalam. Makan nasi beriani ni tak jemukan, mesti nak lagi dan lagi...
Faiz,
Tkasih ya kerana sudi mencuba, rasanya memang sgt sedap, tak caya pi makan lekaih
Tomy,
Cuba Tomy jangan tak cuba, dijamin sedap
Nuridah,
Wsalam. Kesiannya kat Nur, nampak gayanya Nur kenalah masuk dapur tanak nasi ni, mesti lagi berganda ganda sedapnya....
Quinnie,
Wsalam. Akak pun alami perkara yg serupa, org lain update tak nampak, bila blogwalking baru perasan..... Cubala resepi Amie ni mesti Q tak menyesal
salam kak watiie
ReplyDeleteamboi kelasnya hidangan tu set lengkap terus .. nasi beriani daging... nak cubalah nanti ..sebelum tu nak sepinggan ,, kot2 ada lagi la .. boleh nak try dulu sebelum masak hihi
Assalam kak wattie, wahhh sedapnya!...sukax3..sambil telan ayaq lioq saya mlmx2 kat sini kak....nak minta pun dah abis...hmmm...nak blk la...hehe
ReplyDeletesalam watie..waduhhh..x tahan tgk set nasi beriani ni...rasa lapar tgk semua n..nnt nk try resepi ni plk..
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Watie..
ReplyDeleteKalau dapat sepinggan set nasi akak ni, kekenyangan dan tersandar Naz jadinya ni..
Wani,
ReplyDeleteWsalam. Ala hidangan kelas bawahan aja Wani, tp rasanya serupa kelas atasan tau. Amikla yang akak punya ni, nanti akak buat lain
Nieza,
Wsalam. Siannya kat Nieza, takpa Nieza nanti kan Nieza gi dapoq Nieza cuba buat, mesti kelas habih nihhh
Kzai,
Wsalam. Memang sedap ni Kzai, cubala jangan tak cuba, kalau akak punya presentation mesti taraf 5 bintang hehehe.
Naz,
Hehehe gambaran yang sungguh hebat.....