Pages

Sunday, October 23, 2011

Kari Ayam Nasi Kandar

Salam semua,
Masih lagi di dalam mood masakan nasi kandar. Beberapa hari yang lepas saya mencuba satu lagi resepi istimewa dari resepi Mamak Haji, kari ayam nasi kandar. Rasanya tersangatlah sedapnya. Seingat saya, saya tak pernah masukkan daun pandan ke dalam kari ayam yang pernah saya buat sebelum ini, tetapi setelah mencuba dua tiga resepi yang menggunakan daun pandan, ternyata baunya sungguh harum memikat. Jadi, sekarang ni bila masak kari ayam tak letak daun pandan rasa macam kekurangan sesuatu bahan pulak.

Resepi Mamak Haji ni kaya dengan rempah ratus termasuk la kas kas. Pernah suatu ketika dulu isu penggunaan kas kas untuk menyedapkan makanan agak panas kerana boleh mengakibatkan khayal dan ketagih. Kadangkala saya kecualikan bahan ini di dalam masakan saya, kalau dimasukkan pun dalam kuantiti yang terlalu sedikit seperti penggunaan ajinomoto. Jadi, terpulangla kepada selera memasing. Pada pendapat saya, sekalipun tiada kas kas di dalam masakan ini rasanya tetap sedap kerana terdapat banyak bahan bahan lain yang dimasukkan utk memekat dan melazatkannya.



Resepi ni masih dari blog Mamak Haji. Terimakasih diucapkan buat Mamak kerana sudi berkongsi resepi sedap ini.

KARI AYAM NASI KANDAR

Bahan:

1 Ekor Ayam (berat 1.6 – 1.8 kg)di potong sepuluh ketulan dan dibersihkan.

2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk umis)

2 Biji Tomato (dibelah dua)

2 biji cili hijau di belah dua.

2 biji cili merah dibelah dua

2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.

250gm santan pekat atau satu biji kelapa diambil santan.

4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Garam secukup di rasa.

Perencah untuk ditumis.

25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih.

2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)

125gm rempah akri baba’s

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

Bahan-Bahan untuk dikisar

2 sudu besar halia dan bawang putih yang telah kisar (1:1)

4 biji cili hijau.

2 biji bawang sederhana besar.

1 biji tomato

10 biji buah badam dibuang kulit dengan merendam air panas.

Nota: bahan-bahan ini perlu dikisar halus.

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan masukan dan masukkan bawang dihiris dan campuran kayu manis,daun pandan (dipotong 4?- 3 helai))daun kari,daun pudina.Selepas campuran kelurkan bau harum (perlu awas api jangan sampai hangus) masukan campuran bahan kisaran sehinnga semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan.Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah.Masukan air 500ml.Masukan ubi kentang.Tunggu hingga ubi kentang masak (boleh dipereksa dengan menekan senduk keats ubi).Tentukan ayam masak sempurna (boleh diperhatikan bahagian peha ayam urat sebelah bawah terputus).Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya.Masukan santan,tomato,cili hijau,cili merah dan garam.kecilkan api.Kacau rata supaya tak pecah minyak.Apabila gelegak kari ini kali kedua matikan apai dan sedia untuk hidangkan.

14 comments:

  1. Salam Kak Wattie, mmg Kak Wattie ni peminat fanatik nasi kandar ya. Dan mmg Kak Wattie ni rajin bebenar orangnya. Untunglah suami dan anak2 Kak Wattie.

    ReplyDelete
  2. Wattieee.....zalimnya menyiksa selera orang! waduhhhh... tak sanggup berada di sini lama-lama, baliklah dulu dengan air liur meleleh-leleh....sepanjang jalan nih...

    ReplyDelete
  3. Aduh! betambah lapo perut ni....

    ReplyDelete
  4. Kak watie cheq mai dah nak makan nasik kandaq,terliuq tgk ayam tu tau
    Thanks kak atas sokongan dan kata-kata semangat cuma melepaskan apa yang tersimpan je selama ni ,

    ReplyDelete
  5. wahh.. masakan nasi kandar lagii.. tun kalau nasi kandar ni, gi kedai mamak baru jumpa. xpernah wat sendiri. family tun kurang sket kalau mkn kari pekat2 ni.

    ReplyDelete
  6. Selamat petang Wattie..tak tahan ngan godaan kari tu..menggiurkan betul..sodapnya makan ngan roti canai..alamak..kecur liur..

    ReplyDelete
  7. nak paha ayam tu boleh tak? cantek elok je bertenggek kat situ...

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makan ni
    tak sabar nak ke Penang Nov ni

    ReplyDelete
  9. SALAM KAK WATTIE

    buat terliur jak ni .. dengan lelehan kuah2 itu...aih banyak betul resipi dari penang ... bila nak terbuat2 .. list2 resepi dok tengah beratur panjang hihi... mcm mana tu kas2 ..x pernah la wani tengok ..

    ReplyDelete
  10. Kaz,
    Tak der la fanatik dan rajin sesangat, sekadar memenuhi selera yang tengah berkobar kobar ni

    Amie,
    Selalu Amie dok tayang resepi Sabah aja kan, mana aci, tu la akak pun nak tayang gak resepi Penang byk2 kat sini biaq Amie terliuq

    Cik Cek,
    Kalo lapo, mai sini kita pekena sama sama

    chik Mimi,
    Sila o sila, jemput masuk nasi dah terhidang ni.
    Semuga Mimi tak sedih sedih lagi ya, ketahuilah bahawa di luar sana masih ramai yang menyokong Mimi

    Tun,
    Biasala tu kan Tun, lain orang lain citarasanya..

    Rahel,
    Selamat ptg Rahel,
    Betul tu Rahel, kuahnya mmg sedap klu dicicah dengan roti

    Nuwairani,
    Amikla Nani, akak buat special untuk Nani, tak yah rebut rebut

    Kasihredha,
    Jangan tunggu lama2... InsyaAllah ada kesempatan boleh kita bertemu

    Wani,
    Wsalam. Akak tengah demam masakan nasi kandaq ni Wani, tu yang berjela resepi nasi kandar saja. Kas kas berupa biji biji halus bewarna putih, kat pasaraya pun byk terjual. Kas-kas adalah biji popi yang sudah matang atau masak menjadi perencah penyedap dalam masakan khususnya dlm masakan masyarakat India

    ReplyDelete
  11. akak ni mmg pandai masak setiap hidangan memikat selera saya dengan suami..

    ReplyDelete
  12. salam,nak tanya,perencah utk ditumis dalam resipi tu,perencah apa ya?thanks.

    ReplyDelete
  13. Totie,
    Ala masakan seharian aja, Totie pun boleh buat...

    Keniqs,
    Wsalam. Perencah utk ditumis ialah bhn2 yg dicatatkan dibawahnya iaitu, 25gm campuran kayu manis/lawang/buahpelaga/cengkih. 2 sudu besar serbuk kas-kas (pilihan) 125gm rempah akri baba’s, 1 sudu kecil jintan manis, 1 sudu kecil jintan putih. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas resipinya.. mcm arwah nenek
    juga masak kari letak daun pandan.. memang wangi
    dan sodap..

    ReplyDelete