Pages

Wednesday, August 31, 2011

Ayam Goreng Mamak


Salam Jumaat yang mulia,
Bersiaran kembali buat yang kesekian kalinya. Punyala banyak menu yang belum di hapdet. Percaya tak kalau saya cakap dalam folder ada hampir 20 resepi yang menunggu masa untuk dipublish??? Mana tak banyaknya, hari hari memasak, tapi n3 dua tiga hari sekali baru update, mau tak banyak jadinya. Sampai terlupa mana satu yang dulu. Kadang kadang tu resepi dok tang mana pun tak tau, jenuh pi cari sana sini pulak. Ada pulak tu apa nama masakan yang dimasak pun lupa. Tu diaaaaa ceritanya....



Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua rakan bloggers dan pengunjung2 WHM tak kiralah samada anda adalah pengunjung tegar, pengunjung senyap ataupun separa senyap. Maafkan saya zahir dan batin andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terburuk sangka, tersasul tak semena mena, tercuit atau tersakit hati sesiapa dan bermacam macam TERRR....yang tak disengajakan lagi .....sepanjang saya melayari blog ini, sesungguhnya saya hanya insan biasa yang tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan, tiada manusia yang sempurna kecuali DIA YANG MAHA ESA. Kepada yang saya terambil resepi di mana mana minta dihalalkan ya, hanya ALLAH sajalah yg dapat membalas segala jasabaik kalian. Semuga perkongsian ilmu di alam maya ini akan terus disemarakkan dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

Maafkan juga kerana agak lama menyepi di bulan Ramadhan ini kerana terpaksa menyiapkan sedikit tempahan sebelum deadline, hehehe.... Kepada yang masih sudi berkunjung ke sini dan bertanyakan khabar berita walaupun blog ini agak sepi, terimakasih bebanyak saya ucapkan di atas ingatan kalian semua terhadap saya dan blog yg tak sepertinya ini, insyaAllah saya akan membuat kunjungan balas jika waktu mengizinkan. Masih ada sedikit lagi tempahan yang perlu disiapkan, selepas ini barulah nak memulakan kerja kemas mengemas rumah pula.

Kepada yang akan pulang bercuti di kampung umtuk berhari raya, berhati hati di jalanraya ya, pandu cermat, jiwa selamat. Semuga kalian semua selamat pergi dan selamat kembali.

Akhirkata, terimalah kad ucapan yg saya titipkan khas buat kalin semua. Semuga hari raya tahun ini membawa seribu rahmat dan keberkatan bersamanya buat kita semua. AMIN........

Wednesday, August 3, 2011

Chicken Chop Special

Salam buat semua,
Apakhabar? Dah fikir nak masak apa untuk hidangan berbuka hari ni? Apa kata cuba pulak western food ni, pasti tidak menghampakan.

Sebenarnya ni hidangan sebelum bulan puasa, dibuat pada hari Sabtu sebagai memenuhi permintaan anak bujang saya. Entah mengapa hari tu, bila pulang dari asrama, tetiba tengah malam Ammar dengan senyum simpulnya mengatakan keinginannya untuk makan chicken chop, hairan pulak saya dibuatnya. Minggu tu tak buat lagi, tapi bila minggu berikutnya dia menyuarakan keinginan yang sama, maka saya pun tak sampai hati untuk tidak menunaikan permintaannya. Saya ni kalau bab makan makan, apa saja yang direquest oleh anak2 dan hubby, kalau saya termampu insyaAllah akan saya tunaikan.

Bila dah bercadang nak buat, takkan nak buat untuk Ammar sorang sajakan, nanti yg lain tertelan air liur pulak menengoknya, harus kena buat lagi. Jadinya, saya pun buatlah sorang satu set, cuma untuk sikecil tu dia kenalah share dengan mamanya hehehe....... Jom kita tengok hasilnya.....

Saya buat 2 versi sebenarnya, satu saya salut dengan tepung gandum dan satu lagi saya salut dengan breadcrumb. Dua dua pun sedap.

Sebelum masuk ke mulut, kita hiriskan sedikit dahulu untuk melihat bagaimana rupa kat dalamnya.....lepas tu bolehla ngapppppp.....

Yang ni pulak my favourite, mixed vegetable menggantikan coleslaw.....saja saja saya tambah sendiri, kalau bagi semangkuk kat saya pun habis saya makan......hehehe. Caranya senang aja campurkan mixed vege dengan mayonaise, tambah sedikit susu pekat dan juga lada sulah, fuhhhh... pekena pulak dengan salad dan tomato yang jadi hiasan chicken chop tu.....best giler....

Pelengkap chicken chop, kentang goreng (fries) yang dihidangkan panas2, penuh dengan kerangupan pastinya menyelerakan.


Resepi ni saya ambil dari Mesra.Net. Terimakasih ya.

Chicken Chop
Sumber: Majalah Wanita November 1999

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus)
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Tengahari tu tak masak nasi, jadi mat salleh sehari. Semua dapat sorang satu set, jadi tak payahlah berebut......jemput makan semua....

Bila dah makan, nak tahu apa komen mereka? Semua kata sedap. Hmmmm hubby siap kata kat anak2 minggu depan kita buat Lamb Chop pulak!!! Hmmmmm sudahhhh....cam tu pulak jadinya. Saya kata pula "Yang tu abah punya projek, mama tak reti buat, hehehe.....baik punya alasan.....

Konklusinya, chicken chop ni memang sangat sedap. Kalau makan kat restoren, siapla harganya, tambah2 kalau rakyatnya ramai, kopak kita dibuatnya kan.... Jadi, buatlah sendiri....lebih sedap dan lebih jimat....

Tuesday, August 2, 2011

Nasi Ayam Bohari


Salam buat semua,
Bulan puasa ni tak nak tulis banyak banyak, nak ringkas ringkas aja. Jadi, kita terus ke resepinya ya.

Satu lagi resepi nasi ayam yang ringkas dan enak.

Ni dia pelengkapnya.

Resepinya saya ambil dari sini Fida MYR. Terimakasih ya.

Nasi Ayam Bohari
Bahan-bahan ( 8-10 orang )

4 cawan beras basmathi - cuci bersih,rendam 10-15 min dan toskan. (sy guna beras biasa aja)
2 1/2 cawan air + 2 cawan air rebusan ayam
1 kilo ayam - potong kecil2 - (akak guna isi ayam)
1 batang lobak merah - dipotong dadu kecil
3 biji tomato - didadu kasar
1 batang kayu manis,5 biji pelaga,5 biji cengkih,5 biji lada hitam - (bahan penumis)
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 ibu jari halia - diketuk
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
3 sb minyak sapi/butter/jagung
garam secukup rasa
1/4 cawan gajus/badam goreng,1/4 cawan kismis goreng,daun sup,daun bawang dan bawang goreng - untuk hiasan.

Cara-cara

Rebus ayam bersama halia dengan secukup air hingga empuk dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar,bawang putih,bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi.Masukkan lobak,tomato,ayam,air rebusan,air dan garam dan masak hingga mendidih.Masukkan beras dan kacau perlahan2 dan masak hingga tanak.Taburkan bahan2 hiasan,tutup periuk dan masak lagi atas api kecil hingga nasi kering.
Hidangkan nasi dengan lauk2 pilihan...selamat menjamu selera... :


Monday, August 1, 2011

Mocha Coffee Cream Cake


Salam buat semua,
Hari ni nak letakkan n3 yang sepatutnya dah diletakkan awal bulan Julai dulu. Buat kek ni bersempena dengan birthday anak kedua saya, Ammar pada 1 Julai lepas. Tak celebrate pun, cuma buat makan2 sekeluarga.


Sebenarnya dah lama mengidam nak buat kek ni. Pertama kali terpandang kat blog Ayu, hati ini terus jatuh cinta, terus copy paste. Jadi, bila ada kesempatan maka terhasillah ia. Resepi ni saya cilok dari rumah Ayu S'pore. Resepi asal pula dari sini. Izinkan saya perpanjangkan resepinya di sini pula. Terimakasih diucapkan kepada Ayu dan Florence.

Mocha Coffee Cream Cake

Ingredients:
(A)4 egg yolks
1/4 tsp salt
50g sugar
1 tbsp rum-(Ayu used vanilla essence)

(B)75ml corn oil

(C)120ml mocha coffee solution (1.5 tbsp instant coffee+ 1 tbsp cocoa powder + 120ml boiling water)

(D)140g cake flour
3/4 tsp baking powder

(E)4 egg whites
50g sugar
1/2 tsp cream of tartar

Frosting:
2 tsp instant coffee dissolved in 2 tsp hot water
1 tsp double chocolate-(Ayu used 2 tsp Mortimer chocolate powder)
1/4 tsp coffee essence-(Ayu used vanilla essence cause dont have this)
3 tbsp icing sugar-(Ayu added 2 more tbsp so 5 tbsp)
400ml whipping cream
Some ground walnut powder(optional)

Method: 1. Cream (A) till lemon colour. Add in (B) and mix well. Add in (C) and mix well. Lastly stir in the sieved flour mixture.
2. Beat egg white till foamy, sprinkle in the cream of tartar and beat till the whites are white in colour. Beat sugar in over 3 times until egg white is stiff.
3. Pour 1/2 the white into yolk mixture and combine well. Pour yolk mixture into the remaining egg white
and combine well.
4. Pour batter into lined cake pan and bake at 170C for 45 minutes or till cooked.
5. For frosting, combine all ingredients and beat till whipping cream is thick and sitff. Frost all over cooled cake and decorate as desired.

Notes:
I sprinkle some ground walnut powder in the middle layer of frosting as well as on the surface of the cake. Walnut powder brings out the coffee aroma very well.Sources:-From http://wlteetf .blogspot.com

Lembut sangat kejadian kek ini, rasanya pun sedap.