Pages

Sunday, April 10, 2011

Ayam Masak Hijau


Salam semua,
Ni kesah 2 minggu lepas, cikgu kelas anak kecil saya Zaidany beritahu hari tu ada colouring competition anjuran AmBank Seberang Jaya. Semua parents dijemput hadir. Beria-ia cikgu tu suruh datang sebab kebanyakkan parents tak dapat hadir sebab bekerja.

Jadi, pagi tu lepas hantar Zaidany ke tadika, cepat2 belek resepi mana yang nak dicuba hari tu. Cadang tu nak masak ayam la. Terberkenan kat Ayam Masak Hijau resepi Yatie lama dah, lain dari yang lain nampak gayanya. Tengok bahan bahan semua dah ada, ringkas dan mudah lagi. Jadi, hidangan hari tu ialah Ayam Masak Hijau ler.

Selepas berhempas pulas kat dapur, tepat pukul 10.30pagi, semuanya beres. Bergegas tukar baju dan pecut ke tadika. Alhamdulillah, contest tak habis lagi, ikut jadual start pukul 9.00-10.00pagi. Sempat la tengok hasil nukilan kanak kanak dan pemenang2nya.

Zaidany tak dapat hadiah apa apa pun. Kesiannya, saya tengok dia. Ada airmata yang tergenang di kelopak mata kecilnya. Terasa hatinya benar2 tersentuh kerana tidak memperolehi apa2 hadiah, padahal ramai lagi yang senasib dengannya.. Memang saya akui, dia pun tak berapa pandai mewarna. Anak kecil saya ni agak pendiam dan sensitif sikit orangnya. Jenuh jugak saya dan cikgu memujuknya. Masa duduk dalam kereta sampai ke rumahpun, Zaidany diam saja, tak cakap apa2pun, kalau tak pok pek, pok pek dia bertanya dan bercerita itu dan ini. Sedih jugakla saya dibuatnya. Tapi, sekejap jer, balik rumah pujuk dia lagi dengan cara saya, tengok mukanya dah ceria kembali, alhamdulillah.

Oklah, tak payah bercerita panjang, mari kita lihat pula bahan2 resepi hari ayam masak hijau yang saya cp dari blog CMG . Terimakasih juga kepada tuanpunya resepi iaitu Yatie

AYAM MASAK HIJAU

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping dada ayan, kerat 3 (sebab besar), cuci bersih dan toskan*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 tangkai daun kari
3 biji cili hijau, hiris serong
1 camca teh serbuk lada hitam (mat letak 1/2 je)
1 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
5 biji cili padi merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan



CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam tadi digoreng embal-embal atau 3/4 masak, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum. Tuang air dan kacau rata.
Tambah cili hijau, daun kari dan serbuk lada hitam. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak hingga ayam empuk. Akhir sekali, tambah jus limau kasturi, kaau dan rasa. Jika ok boleh matikan api.. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam-ulaman..


Taraaaa, ni la dia ayam masak hijau keluaran WHM, nampak sedapkan??? Sesuai sangat dimakan dengan nasi putih dan sesuai juga untuk mereka yang ingin mencuba resepi baru yang agak berlainan.

5 comments:

  1. Alahai ciannya zaidany...budak2 mcm tu la kan kak bukannya dia reti tu..tgk org dpt hadiah dia nk juga patutnya kena bg semua yg tak menang juga tapi hadiah lain la.

    sedap tgk ayam msk hijau ni kak belum cuba lagi ni nanti boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. penah makan ayam masak hijau ni, tapi belum pernah mask sendiri. nanti boleh cuba.

    sian anak kecil tu. nape jadi camtu. biasa budak tadika yang tak menang semua dapat hadiah saguhati.

    ReplyDelete
  3. Salam Nieza,
    Tu la, kesian sgt kat dia, cikgu kelas siap janji next day nak bagi hadiah lain dekat dia, tp dia tetap sedih gak masa tu.

    Cubala ayam masak hijau tu, sedap ni.

    Salam Misza,
    Cuba Misza buat sendiri mesti lagi best.

    Itu la, selain hadiah utk pemenang, Ambank cuma sediakan sedikit hadiah cabutan bertuah, jd yg tak bertuah tak der la.... Klu la mereka sediakan gula2 2-3biji dlm paket kecil dibagi kat budak2 tu pun rasanya dah cukup membuatkan mereka gembira.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum K.Wattie,
    Ciannya anak akak tu...Yatie pun turut sedih ni...iyelah kita kan mak, tentulah rasa apa yg anak rasa..sekurang2nya bagilah saguhati walau kecik pun...bagi aritu juga...no esok lusa...budak walau kecik lagi, tapi diaorang memahami dan ada perasaan..eehhhh teremosi pulak Yatie ni...hehehe..
    = Apa pun tq sudi cuba resepi ayam masak ijau tu..menyelerakan sungguh..suka bila akak suka dan kena dngn selera akak..

    ReplyDelete
  5. Wsalam Yatie,
    Tkasih sudi singgah sini. Betul kata Yatie tu, ibu manapun teremosi juga klu tgk anak kecil sedih......tp la ni dah ceria dah..... siap lompat sana sini lagi...hehehe.
    Ayam tu memang sedap Yatie, lain dr yg lain kena sgt dengan selera keluarga

    ReplyDelete