Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Tuesday, April 12, 2011
Award dari AzatieSayang
Salam petang Rabu semua,
Kini demam menggantung award melanda blogger masak memasak. Jadi, saya pun tidak ketinggalan terkena tempiasnya. Teringin pulak rasanya menggantung award yang baru diterima ini. Entah dimana "lovely" blog saya hanya pemberi award sahaja yang dapat merungkaikannya, kerana pada hemat saya blog saya ini amatlah kekurangan serba serbinya serta kurangla pulak fofularnya. Walaubagaimanapun, terimakasih bebanyak saya ucapkan buat adik Azatiesayang yang sudi mengurniakan award ini kepada saya. Saya sangat2 berbesar hati untuk menerimanya. Sebelum bercerita dengan lebih lanjut lagi, izinkan saya melaksanakan suatu perkara yang menjadi kemestian penerima award.
POSTKAN BALIK "linking" KEPADA ORANG YANG MEMBERI AWARD :-
Azatiesayang
BERKONGSI APA JUGA MNEGENAI DIRI DENGAN SEMUA :-
Seorang isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang dan penuh kebertanggungjawaban. Juga seorang ibu kepada 5 orang cahayamata (5 orang yer bukan 1, bukan 2 dsb, jgn terkejut lak). Penantian seorang puteri yang tak kunjung tiba, sehingga menjadikan rumahku syurgaku ini dipenuhi 5 orang putera belaka sebagai penyeri hidup kami berdua. Namun, syukur alhamdulillah saya redha dengan segala ketentuanNYA. Seorang yang agak pendiam dan serius, namun sangat peramah bila disapa. Kadangkala disalah mengertikan oleh sesetengah orang sebagai seorang yang sombong.
Pernah bekerja di beberapa buah syarikat dan terakhir di sebuah syarikat automotive, joint venture antara Malaysia dan German di bahagian sumber manusia, pengkhususan di bahagian pembayaran gaji. Memilih untuk berhenti kerja pada bulan Mei 2008 kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.
Mula mengenali dunia maya apabila menjadi surirumahtangga sepenuhnya. Kerap melayari internet untuk mencari resepi2 baru. Dari situ mula membina fotopages untuk berkongsi pengalaman masak memasak dan mecuba pelbagai resepi baru, namun tidak begitu aktif, kerana waktu yang agak terbatas. Keinginan membina blog muncul pabila seorang demi seorang rakan rakan di fotopages mula mengaktifkan diri di dalam dunia blogging yang lebih luas ruang lingkupnya. Dengan sedikit usaha melalui pembacaan di internet ttg cara2 membina laman blog, maka syukur alhamdulillah akhirnya spt mana fotopages, saya berjaya membina blog sendiri walaupun masih serba kekurangan. Blog ini terbengkalai beberapa ketika pada permulaan pembikinannya. Namun mulai aktif kembali pada pertengahan tahun 2010 sehingga kini. Melalui laman blog ini, ingin saya kongsikan bersama pengalaman hidup, kisah suka dan duka dan tak lupa juga resepi2 menarik yang telah dicuba samada yg diperoleh melalui internet ataupun hasil kerastangan sendiri. Semuga dengan adalah blog ini dapatlah kiranya saya menambah sedikit ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang, menambah kenalan dan seterusnya berkongsi pula dengan mereka yang sudi.
Rasanya, itulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan mengenai diri saya. Dan selanjutnya ingin saya kongsikan award ini kepada semua pengunjung2 blog saya yang tak sepertinya ini tidak terkecuali kepada 15 orang sahaja. Bagi saya semua blog mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan paparan dan keunikkannya. Jadi, semua blog berhak mendapat award istimewa ini. Jadi, sudi2kanlah meng "copy" dan mem "paste" di blog anda semua ya. Semuga dengan adanya award yang sebegini dapatlah menaikkan semangat para bloggers untuk terus berkarya, mengeratkan tali silaturahim sesama bloggers dan seterusnya memeriahkan lagi dunia blogging yang kian hari kian ramai pengikutnya.
No comments:
Post a Comment