Freshly baked cakes and cupcakes for all occasions. Tel / Sms : 012-4742726 Email : watti.ismail@gmail.com Based : Taman Pauh Jaya Seberang Perai Pulau Pinang
Pages
▼
Wednesday, December 8, 2010
Kek Marble Pisang
Salam mesra di angin nan lalu,
Dua, tiga hari lepas jiran sebelah bagi pisang. 2 biji pisang tanduk dan satu sikat pisang berangan. Pisang tanduk dah habis dibuat goreng pisang, tinggal pisang berangan aja. Baru semalam pisang berangan ni masak betul. Memang dah lama dok berangan nak buat kek marble pisang, kebetulan pulak ternampak resepinya kat rumah Anna Qawina. Walaubagaimanapun ,saya menggunakan resepi yang ada kat rumah Hana memandangkan resepi tu agak mudah dan sesuai dengan stok yang ada kat dapur. Eksperimen pun bermulaaaaa…………………
Kesudahannya, kek yang dihasilkan sangat lembut, tidak begitu manis dan enak dimakan.
Lepas dipotong potong, letak dalam bekas yang sesuai saya hantar kat jiran sebelah yang bagi pisang tu, panas panas lagi........lembut katanya. Lepas tu letak pulak lagi sikit dalam pinggan suruh anak hantar kat jiran yang lagi satu selang 2 biji rumah sebab membalas pinggan mereka yang dah bertapa kat rumah dekat sebulan lebih............eeeee lamanya, nasib baik tak jadi harta sendiri hehehe.Dan tinggalla beberapa keping untuk anak2 dan hubby makan. Sehari aja selesai semua kek.
Kepada yang ingin mencuba, resepinya saya cp dari blog Hana Tuanpunya resepi ialah Sofinar. Terima kasih kepada keduanya.
Kek Pisang Marble
150g pisang emas - dilecek (saya guna pisang berangan)
180g tpg gandum
180g gula halus - (saya letak 170gm jer)
3 biji telor
120ml minyak masak - (saya ganti dengan marjerin cair)
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah (saya pun tambah juga)
1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes (saya letak choc emulco jer)
Cara-cara
Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
No comments:
Post a Comment