Pages

Friday, December 10, 2010

Gulai Udang dan Buncis



Salam semua,

Udang saiz sederhana ni dah lama bertapa dalam peti ais, tinggal lebih kurang beberapa ekor aja. Jadi saya campurkan dengan udang kecil untuk membanyakkan kuantiti udang. Lama jugak saya tak buat gulai ni, tetiba hari ni terasa nak buat pulak, buncis pun ada. Seingat saya, gulai udang ni selalu sangat arwah ibu sediakan sewaktu hayatnya, memang sedap, makan dengan nasi panas panas.



GULAI UDANG DENGAN BUNCIS

300 gm udang segar
7 sb rempah kari udang campuran (saya campur rempah kari baba dan alagappa)
6 - 7 batang kacang buncis dipotong serong
1 sb cili mesin
1 mangkuk santan kelapa

Bahan2 ditumbuk lumat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ct lada hitam
1 cm halia

Bahan2 tumis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris

garam dan lada sulah secukupnya

Cara-caranya:
1. Udang dibuang misainya dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan2 ditumbuk lumat dengan rempah kari dan cili mesin, gaul rata.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik baunya.
4. Masukkan rempah2 yang telah digaul rata tadi dan biar hingga pecah minyak. Kacau sekali sekala agar tidak hangit.
5. Masukkan santan dan kacau biar rata. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kacang buncis dan udang.
7. Masukkan pula garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
8. Bila kuah mendidih sekali lagi, bolehla diangkat dan dihidangkan bersama nasi panas2.

Nota : Selepas dimasukkan udang dan kacang buncis, jgn biarkan terlalu lama atau udang akan mengecut.

No comments:

Post a Comment