Pages

Monday, May 31, 2010

Swiss Roll Batik

Swiss Roll Batik ni saya buat separuh adunan sahaja dan bakar guna loyang 10". Sewaktu membuat swiss roll ni, entah dimana silapnya saya cuma masukkan 2 biji telur sahaja sedangkan ikut resepi asal mesti masukkan 3 biji telur untuk separuh adunan. Tapi alhamdullilah kek tetap menjadi walaupun sedikit merekah. Saya juga tambahkan sedikit serbuk koko konon untuk mencantikkan warna dan menyedapkan rasa dan ternyata memang tidak menghampakan.



Kek ni nampak tidak begitu tebal sebab saya menggunakan loyang 10" untuk adunan yang agak sedikit. Masa menggulung kek ni pun mencabar gak. Mungkin disebabkan tangan dan jari saya ni terkasar sedikit menjadikan kek tu jadi tak berapa bulat. Patutnya saya lembutkan tangan sedikit dan buat pelahan2. Corak batik yang dilorek ni pun pakai hentam keromo aja sebab tak pernah buat sebelum ini, ni kira first time saya mencubanya, amacam ada rupa batik jawa tak?

Apa apapun, rasa kek ini memang sedap dan teksturnya kek ni sangat halus dan lembut, ditambah pula dengan sapuan buttercream lebihan buat cupcakes tempohari dan filingnya saya letakkan blueberry. Hmmm, nyum, nyummm sesiapa yang merasa pasti nak lagi... Di bawah ni saya cp dari blog maklang, tks yer maklang.



SWISS ROLL BATIK COKLAT (loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung dan gantikan 1 1/2 sb dengan koko powder (jadikan jumlah tepung + koko = 1.5 oz shj)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit) ...ketepikan.
- Masukkan mentega cair menggunakan spatula or whisker aje, kemudian kaup balikkan biar adunan rata.
- Ambil skit adunan coklat (utk wat design) dicampur dengan choc. emulco..dan msk dlm piping bag.
- Tuangkan adunan selebihnya dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan coklat tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 12 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream selama 2jam.
- Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment