Pages

Wednesday, January 17, 2018

Resepi Nasi Ayam Hainan yg sedap

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua,
Alhamdulillah setelah sekian lama menyepikan diri,  akhirnya dapat saya besiaran kembali.  Terlalu banyak yang terpaksa ditempuhi sepanjang tempoh tersebut.  Pengalaman yg banyak mengajar erti sebuah kehidupan.

 Ini Nasi Ayam Hainan pembuka tirai tahun baru 2018 sebagai memenuhi keinginan anak bongsu saya Zaheen.  Sudah sekian lama rasanya saya tak melayani permintaan dan keinginan anak2 disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan.

Resepi dari SINI ya.

Nasi Ayam Hainan
 Bahan A
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)(sy cincang)

1biji bwg besar (sy tmbh)
1 kiub pati ayam maggi

 sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah/  lada merah
2 biji bawang putih 

1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan 


Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan 

2 helai daun pandan

Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam daun sup hidangan sampingan salad timun tomato


 Caranya ( untuk ayam)
1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan. Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti. bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.

 2. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.


3. Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni.



No comments:

Post a Comment