Pages

Monday, August 17, 2015

Quiche Tuna. / Tuna Quiche - Juadah berbuka puasa





Assalamualaikum wbt dan salam sejahatera semua,

Biarkan gambar berbicara.......


QUICHE TUNA

Bahan bahan Kulit (A) -  Acuan 9in
250gm tepung gandum
150gm butter
1 biji telur ( asingkan putih dan kuning)
3 sudubesar air ais ( tmbh jika perlu)
Secubit garam


Bahan Inti. (B)
1/ 2 tin besar sardin ( lbh krg 4 ketul)
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih diracik
Sedikit mentega
1 batang celery
1 biji cili merah
Garam dan lada sulah secukupnya


Bahan Sos (C)
150 ml susu cair
100 ml krim
3 biji telur
1 sb tepung gandum
Secubit garam
Mozarella cheese secukupnya
Cara caranya
Di dalam sebuah bekas, masukkan tepung dan butter, kuning telur dan garam sambil digaul rata.  Tuangkan air ais sedikit demi sedikit sehingga boleh terbentuk doh. Balut doh dgn plastik dan masukkan dlm petisejuk lebih kurang 30 minit.
Keluarkan dan canai diantara 2 kepingan plastik.  Masukkan ke dlm acuan dan kemaskan.  Cucuk cucuk dengan garfu di serata bahagian dasar doh dan bakar 25 hingga 35 minit suhu 170 C.


Sementara itu, sediakan intinya.
Panaskan kuali dan masukkan mentega.  Masukkan bawang besar dan bawang putih.  Goreng hingga layu dan berbau harum.  Tuangkan sedikit sos dari dlm tin tuna dan kacau rata.  Masukkan tuna sambil ditekan tekan dengan sudip agar sedikit hancur.  Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.  Siap.  Ketepikan sebentar.

Keluarkan kulit quiche yg telah dibakar dari oven dan sapukan dengan putih telur rata rata sewaktu kulit quiche masih panas bg menutupi lubang2.   Biarkan sebentar sehingga kering @ boleh jg dimasukkan kembali ke dlm.oven sebentar sahaja agar cepat kering.
Masukkan inti ke dlm kulit quiche  dan ratakan. Asingkan.

Di dalam sebuah bekas yg berasingan, masukkan tepung dan tuangkan susu perlahan lahan sambil dikacau agar campuran sebati.  Tuangkan juga krim, taburkan sedikit garam dan pecahkan telur ke dalamnya, kacau rata.  Tapiskan sos ke atas inti.  Taburkan dengan mozarella cheese, hirisan celery dan cili merah.  Bakar semula pada suhu 170 C lebih kurang 45minit @ sehingga masak.  Sejukkan sebelum dipotong.   Siap untuk dihidangkan buat orang2 tersayang.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment