Pages

Tuesday, July 14, 2015

Biskut Jejari Badam


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Masih ada masa lagi untuk buat biskut raya.  Pada yg tengah tercari cari resepi kuihraya yg mudah, rangup dan  sedap, resepi di bawah ni molek dicuba.  Silakan ya.

Ops,  saya tak ada acuan berbentuk jejari,  jadi saya pguns saja acuan yg ada.

BISKUT JEJARI BADAM
Resepi Asal  :  Chef Zubaidah
Sumber  :  IdealRecipes

Bahan - Bahan A : 
170 ram mentega 
125 gram gula aising 

Bahan - Bahan B : 
1 biji kuning telur 
1/2 sudu teh esen vanila 

Bahan - Bahan C : 
150 gram tepung gandum 
100 gram tepung kastard 
75 gram tepung jagung 
50 gram serbuk badam 

Hiasan : 
1 biji putih telur 
Secukupnya badam cincang 

Cara Membuat :
Sebatikan bahan - bahan A dan masukkan bahan - bahan B, gaul rata. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga semuanya sebati. Canaikan dan terapkan dengan acuan biskut. Sapukan dengan putih telur dan taburkan dengan cincangan badam. Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan pada suhu 160 C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.


No comments:

Post a Comment