Pages

Wednesday, February 4, 2015

Carrot Cake Bars With Cream Cheese Frosting / Kek Karrot Potong dengan Krim Keju

Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Jom jamu mata dengan kek karrot potong ni.   Lama sangat tak makan kek karrot, jadi melepas rindulah ceritanya ni.  Ni kesah bulan lepas ya, macam biasalah n3 yang lama,  tapi tak lapuk ditelan zaman ya.
 Anak anak tak berapa suka dengan kek karrot.  Pilihan utama mereka mesti kek yang ada coklat.  Sebab tu la ambil masa sikit nak menerai resepi resepi baru.

Saya buat separuh adunan saja, cukupla untuk saya sorang hehehe, jangan jelez.  Saya hiaskan juga dengan sedikit krim keju lebihan dari tempahan yang telah dibuat.  Kek ni sangat lembut, harum  dan semestinya sedap.  Resepi ni saya ambil dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D Hati.  Anak bujang saya yang belikan buku tu.   Jom sama sama kita semak resepinya, mana tau ada yang ingin mencuba, dipersilakan ya.


Kek Lobak Merah

Bahan A
4 biji kuning telur
375ml cawan minyak jagung
130gm gula castor
150gm gula perang
150gm lobak merah parut
250gm tepung kek
3/4 st rempah campuran
1 1/2 st soda penaik (baking soda)
1st garam
100gm walnut - dibakar dan dicincang

Bahan B
4 biji putih telur


Kaedah Membuat
1.  Panaskan ketuhar pada suhu 180C
2.  Ayak tepung kek bersama rempah, soda penaik dan garam.
3.  Pukul kuning telur sebentar.  Masukkan minyak, gula perang dan gula kastor.  Pukul lagi sekejap sahaja.
4.  Masukkan campuran tepung.  Kacau menggunakan senduk kayu.
5.  Masukkan lobak merah dan walnut.


6.  Di dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur hingga menjadi meringue.
7.  Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung, kacau perlahan.
8.  Tuang ke dalam loyang bersaiz 8 inci.  Bakar selama 40 minit atau sehingga masak sempurna.




Satu kelebihan blog ini, gambar mesti banyak, heheheh, jadi jangan jemu ya.



1 comment:

  1. Comelnya kek karot..wana pun suka sangat makan kek carrot..dengan cream chez..wallah.. ;)

    ReplyDelete