Pages

Monday, January 5, 2015

Apple Crumble Cake




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,
Ahad lepas hubby beli epal.  Hari ni nampak masih banyak lagi berbaki dalam petisejuk.  Jadi, kita ambil sedikit untuk buat kek sebagai hidangan minum petang.
Jom kita tengok bagaimana rupa parasnya.



Sekarang ni dah jadi trend kek yg dihasilkan  simple, tanpa krim dan hiasan yg banyak.


APPLE CRUMBLE CAKE
Sumber Resepi  :  mylittledapur2

Bahan-bahan
2 biji epal merah/hijau
4 sudu besar gula
sebatang kulit kayu manis 
200 gm butter
160 gm gula halus
4 biji telur
200 ml susu segar/fresh cream
300 gm tepung gandum 
2 sudu kecil baking powder

Cara-cara.
1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2. Gaulkan dengan 4 sudu besar gula.
2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 4 minit atau boleh di masak di atas dapur sehingga epal jadi lembut.Biar sejuk sebentar.



3. Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jadi bentuk krim.
4. Masukkan gula, pukul hingga menjadi putih. Masukkan telur satu persatu.
5. Kemudian masukkan fresh cream/susu segar, kacau sebati.
6. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati.

8. Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk topping di atasnya.
9. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 

Topping (sy buat separuh adunan sahaja)
Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti








1 comment:

  1. Assalaamualaikum...
    Saya minta izin nak salin resepi ni yer.

    ReplyDelete