Pages

Tuesday, June 17, 2014

Ikan Celup Tepung


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Resepi untuk hari ini  Ikan Celup Tepung.  Macam macam ikan ada.


Resepi asal dari SINI

TEPUNG GORENG IKAN

 Bahan bahannya :- 
2 cawan tepung beras 
1 cawan tepung gandum 
5sb santan pekat (santan kotak) 
1/2 sb baking powder 
1/2 st serbuk kunyit (optional) 
1 biji telur 
Air secukupnya 
2 sb majerin yang dicairkan. 


 Cara caranya :- 
 1. Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Sejukkan. 
 2. Masukkan semua bahan bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan bahan tersebut ialah, tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat, lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak. 3. Kemudian, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau sehingga semuanya sebati. 


4. Celup ikan dengan batter tersebut dan goreng di dalam minyak yang panas. Batter ini boleh digunakan untuk cendawan goreng, cempedak goreng, tempe goreng, keledek goreng dsbnya.






1 comment: