Pages

Thursday, April 3, 2014

Kari Ayam Ceti



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ini merupakan kali ketiga saya memasak kari ayam yang sangat sedap ini.  Sewaktu  terpandang resepi ini di laman web myresepi, hati sudah terpikat pada namanya yang agak unik.    Bila diteliti pula pada bahan bahannya, tampak macam ada suatu kelainan,  harus dicuba untuk mengetahui rasanya.

Alhamdulillah, memang sedap sangat kejadiannya.  Sekali makan,  anak anak dah kata.  Mama, macam kari ayam nasi kandaqla, sedap!

.  Untuk kari ayam, kita selalunya menggunakan rempah kari ayam.  Berlainan pula dengan resepi ini kerana ianya menggunakan rempah kari ikan untuk memasak kari ayam serta jintan putih.


Di bawah ini saya perpanjangkan resepinya kepada yang ingin mencuba, juga untuk rujukan saya di masa mendatang.

Resepi dari MYResepi sumbangan IBUMIMI. Terimakasih banyak diucapkan

KARI AYAM CETI

 Bahan-bahan ( 4 orang makan ) 
 1/2 ekor ayam – dipotong kecil 
6 ulas bawang putih* 
1/2 inci halia* 
2 sudu besar cili kisar satu biji bawang besar dihiris kasar 
1 1/2 sudu kecil jintan halus 
2 sudu besar rempah kari IKAN 
3 sudu besar sos tomato 
1 sudu besar kicap manis 
Segenggam daun ketumbar / daun kari 3 tangkai 
Minyak untuk menumis 
garam secukup rasa 

Cara-cara 
 Lumur ayam dengan garam dan sedikit kunyit,
 Goreng sampai masak tapi jangan sampai garing.
 Kisar @ tumbuk bahan bahan bertanda * -tumbuk lagi sedap.

 Tumis jintan serta bahan yang telah ditumbuk sampai perang 
Masukkan cili kisar, rempah kari ikan dan bawang besar sehingga naik minyak 
Masukkan daun ketumbar/daun kari, sos tomato dan kicap manis. Kacau rata 
Masukkan ayam goreng, gaul rata dan rasakan garamnya



1 comment: