Pages

Thursday, April 10, 2014

Goreng Pisang Rangup


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Lamanya tak buat goreng pisang.   Selalunya beli aja kat gerai gerai kecil di tepi jalan.  Kali ini nak cuba buat sendiri goreng pisang rangup.  Saya gunakan pisang tanduk pemberian kakak yang dibawa pulang dari Johor.


TEPUNG GORENG PISANG 
Sumber  :   Hairul.Com.    (terimakasih ya)

Bahan bahannya  :-
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5sb santan pekat (santan kotak)
1/2 sb baking powder
1/2 st serbuk kunyit (optional)
1 biji telur
Air secukupnya
2 sb majerin yang dicairkan.



Cara caranya  :-

1.  Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil.  Sejukkan.

2.  Masukkan semua bahan bahan kecuali marjerin cair dan air.  Bahan bahan tersebut ialah, tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat.  Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum.  Batter perlu pekat, lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak.  

3.  Kemudian, masukkan marjerin cair.  Pastikan marjerin tidak lagi panas.  Kacau sehingga semuanya sebati.

4.  Celup pisang dengan batter tersebut dan goreng di dalam minyak yang panas.  Batter ini boleh digunakan untuk cendawan goreng, cempedak goreng, tempe goreng, keledek goreng dsbnya.



Memang rangup sangat kejadiannya.  



Pekena dengan secawan kopi atau teh panas.



3 comments:

  1. Salam ukhuwah wattie :)

    Akak tengok pun rangup tu wattie... macam nak cuba buat.. tq sharing resepi ye wattie..

    Akak follow #454.. jemputlah keblog kecik akak ye :)

    ReplyDelete
  2. nyum2..sedap tu buat minum petang..nak sikit bleh?hihi..^_^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Masih ada tak? dua keping pun dah cukup...

    ReplyDelete