Pages

Thursday, April 24, 2014

Butter Bread Pudding



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Semenjak dua menjak ini minda saya asyik terbayang bayang  akan keenakkan puding roti bermentega dengan sos kastad yang meleleh leleh.    Bila dah selalu sangat terbayang makanan yang menggoda jiwa macam tu, mulala jari jemari ni memainkan peranannya.  Papan kekunci dipetik, menggoogle  kesana kemari  mencari  resepi resepi yang mudah dan menarik untuk dicuba.   


Saya memang sangat menggemari apa apa saja makanan yang berasaskan roti.  Kalau tak ada makanan asas seperti nasi (ni kalau kes nasi habih dibelasah dek famili, konon konon masakan kita best sangat gitewwww, hehehe)   maka rotilah jadi penggantinya.  Selain mengenyangkan, rasanya pun enakkan.  


Puding roti bermentega ini saya buat  beberapa minggu yang lepas.  Macam biasalah projek menghabiskan roti yang hampir mencapai tarikh luput.  


Butter Bread Pudding
 Resepi : DJ @ DapurKu SaYang  (terimakasih ya)

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
 8 keping roti
 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis  (saya tak letak)
 mentega secukupnya
 peanut butter secukupnya  (saya tak letak)
 chocolate rice / chocolate chips secukupnya
 kismis secukupnya
 sedikit parutan kulit oren sunkist - optional (saya tak letak)

 Bahan A :
 2 cawan susu segar/susu cair
 1 sudu besar gula kastor
 3 biji telur 
 1 sudu kecil esen vanilla

 Bahan B :
 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional (saya tak letak)
 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)


 Cara-cara :
 Bahan A :
 Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. 
Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter. Potong roti kepada 4 bahagian.

 Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. 
Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
 Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. 
Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. 


Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk


SOS KASTAD 
Sumber :  Maya Zakry @ MyResepi 

Bahan bahan :-
 1 tin susu cair 
2 s/b tepung kastad 
2 s/b gula 

Cara cara  :-
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

2 comments:

  1. Assalam kak wattie, sayang
    Sesekali ikutkan aje lah selera tu..bukan apa..
    Mesti kena manjakan diri kan..lagi pun bahan2 dah Ada ..heheh
    Nampak sungguh2 sedap kak pudding akak tu... Mesti makan pejam2 mata gitu kan..heheh

    ReplyDelete
  2. Salam Kak wattie, wah menariknya nak cubalah :)

    ReplyDelete