Pages

Sunday, March 2, 2014

AYAM MASAK 3 RASA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Tak tau nak celoteh apa hari ni,  jadi jom terus ke resepi untuk hari ini.   
Resepinya adalah Ayam Masak 3 Rasa.     Sangat sedap!



AYAM MASAK 3 RASA

Bahan bahan :-
1 ekor ayam
1/2 cawan air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
 minyak - untuk menumis
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung


Bahan Cincang Halus :-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah


Bahan Dihiris Halus :-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar di potong bulat


Bahan-Bahan Sos :-

2 cb cili kisar

1 cb sos tomato

2 cb sos plum

2 cb gula pasir
2 cb sos cili
1 cb jus limau kasturi
1 cb kicap manis

sedikit sos ikan


Cara Memasak:-
Bersihkan ayam  dan toskan.
Lumur ayam dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung dan goreng 3/4 masak.  Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama.  Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos bersama air dan kacau rata.  Kemudian masukkan bahan dihiris halus serta ayam, gaul rata.   Akhir sekali masukkan jus limau kasturi. 


Selamat Mencuba !


No comments:

Post a Comment