Pages

Saturday, January 4, 2014

Rainbow Cake & Mini Pavlova Hantaran Pertunangan



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek Pelangi dan mini pavlova  tempahan Yati, Permatang Pauh.  Yati yang bertugas di Cyberjaya melangsungkan pertunangan pada 28hb Disember 2013 yang lepas.  Disamping kek dan pavlova, Yati juga menempah 100 balang red velvet cake in the jar.  Disebabkan terlalu banyak gambar yang telah saya ambil, maka saya membuat keputusan untuk meletakkan red velvet cake dalam n3 yang berasingan.  Jadi, nantikan kemunculannya.


Sebulan lebih sebelum majlis, Yati telahpun membuat tempahan.  Terimakasih banyak kerana membuat tempahan awal, ianya sangat2 membantu.


WE ARE ENGAGED!  ZEID & YATI.   Selamat bertunang diucapkan kepada kedua duanya.  Semuga kalian bahagia hingga ke syurga abadi, amin.







Sebahagian mni pavlova ini juga dijadikan sebagai hantaran.  Jadi, saya letakkan di dalam kotak kotak comel,   Buah buahan juga telah ditambah supaya nampak "rich" sesuai dengan permintaan Yati, 




Alkisahnya, pada hari buah buahan ingin dibeli, Carrefour Sbg Jaya kehabisan langsung stok buah buahannya.  Di Tesco pula buah buahannya kecut kecut belaka.  Jadi, hubby ke Bilion,  kat sana pula hubby hanya menemui buah anggur dan kiwi.   Jadi, keesokkannya hubby ke Giant Kulim, barulah ditemui buah strawberri yang segar.   Fuhhhh, leganya rasa hati.  Kalau tak, tak taulah nak letak buah apa kat  pavlova ini.  Inilah yang dikatakan cabaran.  Nak dibeli awal awal takut buah buahan tak nampak segar, bila beli last minute begini pula jadinya.  Walaubagaimanapun, alhamduilillah sesudah segala kepayahan yang terpaksa dilalui, akhirnya masalah  dapat juga diselesaikan.  Syukur sesangat.







Terimakasih banyak diucapkan di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.






1 comment: