Pages

Friday, January 10, 2014

PopCakes, CakePop or K Pop???


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Yang mana satu yang betul ni,   Ada orang panggil Cake Pop, ada pula suka panggil PopCakes.   Payah payah sangat singkatkan sajalah jadi nama glamer K Pop, hehehe pasti semua orang suka....


  "Mama,  kawan kawan ajak buat BBQ,  mama nak sponsor kek boleh juga."  selamba aja anak lelaki saya Aiman memberitahu.  

Kita pun berkira kirala nak buatkan sebiji kek untuk dipotong dan makan bersama kawan kawan.   Tapi keesokannnya,  tiba tiba dia minta buatkan cake pop pula.  Katanya, "Mama buatkan kek yang macam hari tu mama buat, kek yang macam lollipop tu."   Saya dah pernah letakkan dalam n3 POPCAKES sebelum ni.



Jadi,  beginilah kejadiannya cake pop yang dibuat pada malam hari.  Ambil juga gambar sebelum dibungkus, tapi malapla sikit hasilnya.








Yang ni aktiviti gatal tangan saya.  Macam biasala mesti nak berhias bagai sebelum dibawa pergi.   Sengaja saya bungkus dalam plastik comel yang ada tersimpan begitu lama dalam kabinet.   Riben pun riben lebihan jar cake yang dibuat  sebelum ini.  Jadi, macam macam warna ada.





Dah ramai ramai, jadila K Pop.





Saya buatkan 50biji.  


Lepas BBQ saya tanyakan Aiman macamana rasanya.   Jawab Aiman
"Entah, takdan nak makan dah habih,  yang p lagi ramai dari makanan yang dibawa."  Hahahah, nak tergelak saya dibuatnya.  Patutlah habis cepat, benda sikit rupanya.   Apa apapun,  alhamdulillah.













1 comment:

  1. salam..

    alahai..comelnya pop cakes..memang sesuai sangat untuk budak2..

    ReplyDelete