Pages

Tuesday, October 8, 2013

Russian Black & White Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek yang famous de amos,  Russian Black  White Cake.  Ini adalah kek yang paling jauh pernah saya cuba, hehehe. 


Fotonya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan segala kemewahan yang terdapat di dalamnya.


Kepada yang ingin mencuba, di bawah ini saya sertakan dua resepi berbeza yang saya gunapakai bagi mendapatkan hasilan seperti di atas.    Resepi pertama  adalah dari JuicyCafe,    Dan yang kedua  dari  MasamManis  Terimakasih kepada kedua duanya yang telah sudi berkongsi resepi menarik ini.

Resepi dari  JuicyCafe

 Bhn2 kek.. 
1 cwn serbuk koko - ayakkan 
1/2 cwn gula halus 
1 cwn air panas 
1/2 cwn susu cair 
250 gm butter 
2 cwn gula perang 
4 biji telur 
2 sdk esen vanilla 
2 cwn tepung gandum* 2 sdk baking powder* - *satukan n ayak 

Cara2nya.. 
1. Satukan serbuk koko, gula halus n air panas dlm periuk n masak dgn api kecil shingga bahan2 larut, angkat n sejukkn. 
2. Tuang susu cair n gaul sebati, ketepikan sebentar. 
3. Pukul butter n gula perang shingga kembang, masukkn telur sdkt2 bsama esen vanilla n terus pukul lg shinga rata. 
4. Masukkn adunan tepung bergilir2 dgn adunan coklat, gaul secara kaupbalik shingga rata. 
5. Lenserkan loyang berukuran 8 inci dgn sdkt butter, lapik kertas minyak n lenser butter sdkt lg. 
6. Tuang adunan kek dlm loyang n bakar secara 'waterbath' dlm oven yg telah dpanaskan dgn suhu 180C selama 1 jam 15 mnt atau shingga masak mgikut oven masing2. 
7. Angkat n sejukkan atas redai. Ketepikan. 


Bhn2 cream cheese frosting.. 
500 gm cream cheese 
250 gm mascarpone 
100 gm gula aising - ayakkan 
1 sdb serbuk nescafe - ayakkan 
mascarpone.. adunan cheese yg telah siap.. 

Cara2nya.. 
1. Pukul cream cheese, mascarpone n gula aising shingga lembut n sebati. 
2. Tambahkan serbuk nescafe n gaul sebati lg. 
3. Masukkn separuh adunan dlm piping bag n sejukkn dlm peti sejuk dlm 15 mnt. 


Bhn2 ganache utk filling.. 
50 ml whipping cream 

200 gm coklat compound - hiris halus 



Cara2nya..
1. Panaskan whipping cream dlm periuk kecil shingga berbuih dtepi2 periuk. Tutup api n angkat. 
2. Masukkn coklat compound n gaul shingga coklat larut. 
3. Masukkn separuh adunan dlm piping bag n sejukkn sebentar dlm peti sejuk selama 10 mnt ato sehingga ganache sdkt keras. ganache yg telah siap.. sejukkn adunan cheese n ganache dlm peti sejuk..biar keras sdkt agar x cair masa pipe atas kek.. 


Bhn2 ganache utk kek.., 
buat selepas cheese mengeras. 
100 ml whipping cream 
300 gm coklat compound 

Cara2nya.. 
1. Panaskan whipping cream dlm periuk kecil shingga berbuih dtepi2 periuk. Tutup api n angkat. 
2. Masukkn coklat compound n gaul shingga coklat larut. 
3. Tuang atas kek yg dsejukkan td. Cara2 susunan kek.. 1. Potong kek kepada 4 bahagian, letak kek lapisan bawah atas papan kek. 2. Pipekan adunan cheese di tengah2 kek, buat sebesar saiz duit 50 sen. 3. Pipe pula adunan ganache disekeliling adunan cheese. 
4. Buat seperti lingkaran ubat nyamuk, pipe pula adunan cheese dsekeliling adunan ganache, begitu la seterusnya shingga siap satu lapisan bawah kek. 
5. Tindihkan kek lapisan kedua atas adunan yg di pipekan td. 
6. Untuk lapisan kedua, pipekan ganache dahulu dtengah2 kek sebesar duit 50 sen, kemudian di ikuti pula adunan cheese n seterusnya. 
7. Lapisan ketiga pula mulakan dgn adunan cheese dtengah2 kek n di ikuti seperti langkah di atas. 
8. Letakkn lapisan kek yg keempat n sapu baki adunan cheese keseluruh bahagian kek. 
9. Sejukkn dalam peti sejuk selama 1 jam atau shingga cheese mengeras. 
10. Keluarkan kek, letak kek atas redai n tuang ganache perlahan2 shingga semua bahagian kek mengena. 11. Bole hias kek mengikut kreativiti masing2. 


 Resepi  dari  MasamManis.

 Kek Coklat Lembab 
 Bahan A 
300 gm tepung gandum 
100 gm serbuk koko 
1 sudu teh serbuk penaik 
1 sudu teh soda bikarbonat 

Satukan semua bahan Kemudian ayak Ketepikan 

Bahan B 
3 biji telur A saiz 
400 gm gula kastor 
1 sudu teh esen vanilla 

Bahan C \
250 ml susu cair 
250 ml minyak jagung 
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D 
250 ml air panas 

Satukan semua bahan B Pukul hingga putih Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis Pukul hingga sebati Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. Tambahkan air panas dan gaul rata Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar. Sejukkan kek atas redai setelah masak 


Krim Keju Moca 
Bahan A 
12 gm halal gelatin 
60 gm air 

Bahan B 
400 gm krim keju 
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca 
60 gm gula icing 

Bahan C 
300 gm Krim Putar bukan tenusu 

 Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu. Satukan gelatin dalam air Kemudian cairkan secara kukusan Satukan bahan B Pukul hingga lembut Campurkan gelatin dan pukul hingga licin Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

Chocolate Ganache 
 Bahan A 
250 ml krim tenusu 
40 gm sirap glukos 
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek 

Bahan B 
400 gm coklat masakan gelap 
30 gm mentega 
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka 

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk Coklat masakan gelap di cincang halus Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata Masukkan mentega dan gaul sempurna Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti. Sejukkan Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

Sirap Nescafe 
1 sudu besar Nescafe segera 
1/4 cawan air suam 
Satukan semua bahan dan kacau rata 


Kaedah Penyediaan 
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan Letakkan 1 keping kek atas lapik kek Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek Ini bertujuan untuk melembabkan kek Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca Lakukan berselang seli sehingga habis Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe. Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek Kemaskan tepi kek Simpan sebentar dalam peti ais Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler Alihkan kek atas redai Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek Sendengkan ke kiri dan ke kanan lo
yang supaya ia rata Biarkan sebentar.


Amacam, ada berani nak mencuba???   Tepuk dada tanya selera.....

4 comments:

  1. tak berani!!!!!!!!
    berani makan jeeeee

    ReplyDelete
  2. wow..sedapnya..telan liur tengok kek yang cantik tu..belum lagi berani buat kek ni..huhu..

    ReplyDelete
  3. salam kak watie.. ai kalau ada kat kedai wani beli terus je hihi..tapi kalau terasa nak cabaran.. boleh jugak hihi

    ReplyDelete
  4. Salam Watie...mmg sedap RBNWC ni kan...akak pun pernah cuba resepi dr dapur Azlita....nampak je susah bila baca resepi...walhal mudah nak buat...insyaAllah.. meleleh air liur akak dibuatnya ni... ^__^

    ReplyDelete