Pages

Monday, October 21, 2013

Kek Lapis Chocolate Cheese


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek lapis chocolate cheese ini saya buat pada hari raya aidil adha yang lepas.  Kek ini sedap dimakan beberapa hari selepas dibuat, lebih lembab dan lembut.


Kepada yang ingin mencuba di bawah ini saya perpanjangkan resepinya yang saya ambil dari blog sifu kek lapis dari Singapura, iaitu Bro Rozzan.  Resepinya adalah resepi Kek Lapis Strawberry Cheese tapi saya tukarkan strawberry dengan chocolate.

Resepi dari Bro Rozzan. Terima kasih ya. 

 KEK LAPIS CHOCOLATE CHEESE

 Bahan-Bahan
 450 gm mentega
 250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
 1 sudu makan ovalette
 150 gm gula halus
 10 biji telur 1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
 300 gm tepung Hong Kong
 100 gm Horlick
 180 gm coklat masakan (dicairkan) 
 1 sudu teh chocolate emulco
 sedikit pewarna coklat


Cara :
 1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
 2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
 3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
 4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
 5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
 6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh coklat cair, chocolate emulco dan pewarna coklat.


 7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
 8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi. 9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan coklat dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.


 Nota: Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 coklat atau 1 plain 1 coklat,  terserah pada kreativiti dan citarasa anda.





1 comment: