Pages

Sunday, March 31, 2013

Angry Bird Cake buat Alif & Yaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Tempahan Fatimah, Kg Pertama sempena hari lahir dua orang anaknya.




Fatimah menempah butter cake, kek pisang coklat urai dan apam ladybird.







Happy Birthday Alif dan Yaya, semuga menjadi anak yang soleh dan solehah,   penghibur hati ayah dan bonda dan diberkati hidup senantiasa, amin.



Chocolate Rice Banana Cake





Apam Ladybird.


Terima kasih banyak di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Friday, March 29, 2013

Chocolate Moist Cake Boboi Boy buat Darwisy


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kek coklat lembab dengan edible image BoboiBoy ini ditempah oleh rakan sekerja hubby sempena hari lahir anaknya, Darwisy.






Happy Birthday Darwisy, semuga menjadi anak yang soleh, penyejuk hati ayah dan bonda dan diberkati hidup senantiasa, amin.

\


Terimakasih banyak diatas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Wednesday, March 27, 2013

PAVLOVA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Pavlova tempahan Nurul, pelajar Politeknik Seberang Perai sempena hari lahirnya jumaat yang lepas.




Happy Birthday Nurul, semuga cemerlang dunia serta akhirat, amin.



Gabungan buah buahan segar,  anggur hitam, kiwi  dan strawberi.



Terimakasih banyak di atas tempahan ini, sebarang kekurangan harap dimaafkan.


Monday, March 25, 2013

Makaroni Bakar buat AminFayyadh & Asyraf



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Makaroni bakar buat anak anakku,  AminFayyadh dan Asyraf yang menyambut hari lahir pada bulan Mac 2013.


Makaroni ini permintaan AminFayyadh sebab dia taknak makan kek, dah jemu katanya.


Selamat Hari Lahir anak anakku, semuga hidup  senantiasa diberkati.  



Sunday, March 24, 2013

Fruit Tartlet / Tat Buah Buahan dan Tat Keju Blueberi Fatimah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ini pula fruit tartlet / tat buah buahan dan blueberry cheese tart tempahan Fatimah dari Kampung Pertama untuk makan makan bersama keluarga.  Fatimah telah beberapa kali menempah dari saya.


Tat dibezakan oleh intinya.


Tat buah-buahan mempunyai tiga lapisan semuanya ya.  Bahagian pertama adalah asas  pastri yang rangup,  yang lebih dikenali sebagai cengkerang.  Lapisan kedua pula adalah inti krim  kastard yang manis.  Dan lapisan terakhir adalah buah-buahan yang disusun atas inti krim kastard manis .  



Buah-buahan yang segar dan berwarna warni  digunakan agar tat buah buahan kelihatan lebih menarik.




Ini pula sms feedback yang saya terima daripada Fatimah  :-
Assalam.  kak, tart sedap.  
Berikutnya..... ada tempahan terbaru daripada Fatimah.  Tunggu........









Tat Keju Blueberi.




Selalunya ada lebihan pastri yang rangup,  juga krim kastard manis yang lemak menggamit selera,  Jadi, untuk tidak menghampakan keinginan di hati,  saya letakkan sebiji buah strawberi di atasnya dengan sedikit glaze bagi mengilatkannya.  


Opppsss, tungguuuu....... semestinya si jurugambar ingin merakamkan hasilannya untuk hari ini.  Selesai  potret tat dirakamkan.

Dan......nah,  apa ditunggu lagi,    tekak si pembuat tat tidak sabar sabar untuk menikmatinya,  hmmmmm yummmyyyy....


Terimakasih di atas tempahan ini.  Sebarang kekurangan harap dimaafkan.