Pages

Friday, February 22, 2013

Pai Ayam / Chicken Pie


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semenjak dua menjak ini kegemaran saya beralih ke arah penyediaan pastri.  Beberapa hari lepas saya cuba menghasilkan pai ayam sendiri.  Pai ayam sememangnya telah menjadi kegemaran saya sejak dahulu lagi.  Seingat saya sejak zaman remaja lagi.  Selalunya saya akan singgah  di bakeri yang berhampiran semata mata kerana ingin menikmati pai ayam.  Selalunya pai ayam yang dibeli menggunakan puff pastry.  Kulitnya yang berlapis lapis dan rangup dengan isian inti ayam yang dimasak dengan campuran sayur sayuran sungguh tidak menjemukan saya.


Mari kita tengok hasilan pertama pai ayam dari dapur saya.  


Saya buat pai bersaiz mini supaya mudah untuk dinikmati.
Resepi ini tidak menggunakan pastri puff sebaliknya adunan doh yang seakan akan kulit tart.  Intinya pula saya tambahkan sedikit serbuk kari bagi disesuaikan  dengan citarasa saya yang gemarkan rasa yang sedikit pedas.


Resepi dari  SINI. Terima kasih ya. 

 PAI AYAM 
 Bahan-bahan 'Short Crust Dough': (sesuai bagi inti yang masin/pedas) 

250 gm tepung gandum 
140 gm mentega 
1 sb gula kastor 
1 sk garam 
1 biji kuning telur 


 Cara menyediakan crust: 
1. Ramas mentega dan tepung dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
2. Campurkan gula kastor dan garam, gaul lagi. 
3. Masukkan kuning telur dan uli sehingga menjadi doh. 
4. Canai sebahagian doh dan letakkan pada acuan pai. Bakar 180'C selama 20 minit. 


 Bahan-bahan Inti: 
50 gm mentega* 50 gm tepung gandum*(untuk roux/memekatkan inti) 
1 sb mentega 
200 ml susu segar 
1/2 helai daun bay 
1 labu bawang besar*(dicincang) 


2 ulas bawang putih* 
200 gm isi ayam (didadu) 
100 gm sayur campur 
1 sk lada sulah 
1 sk stok ayam 
garam secukup rasa 


 Cara menyediakan inti: 
1. Sediakan 'roux': Cairkan mentega, masukkan tepung gandum, kacau sebati. Ketepikan. 
2. Cairkan 1 sb mentega, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan daun bay. 
3. Masukkan isi ayam, kacau rata. Masukkan lada sulah, stok ayam dan garam jika perlu. 
4. Masukkan susu segar, kacau sekali-sekala. Apabila mendidih, masukkan sayur. Kacau rata. 


5. Apabila kuah hampir pekat, tambahkan roux tadi sedikit-sedikt hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.(jika sudah pekat, berhenti menambah roux) Tutup api, ketepikan. Nota: Keluarkan kulit pai dari ketuhar selepas 20 minit. Isikan dengan inti ayam. Tutup pai dengan lebihan doh. Sapu permukaan pai dengan telur yang dipukul bersama sedikit susu segar. Bakar lagi 20 minit dengan suhu 180'C.


Selamat Mencuba dan terimakasih kerana sudi berkunjung ke sini.

6 comments:

  1. salam kak watie ... lama x singgah blog akak huhu.. harap akak sihat ..sedapnya pai ayam tu wani pun dah lama tak gentel2 tepung buat pastry

    ReplyDelete
  2. salam Watie, cantik chicken pie tu, akak baru je buat utk orang baru ni, mmg sedap kan anak2 suka sangat, sama lah kita kalau buat utk orang mesti nak buat lebih utk anak2 jugak ..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Watie..dh lama xsinggah sini ^_^..nmpk sedap chicken pie tu..yana dh lama xbt..harus merajinkan diri jgk ni nk bt pie nih hehee

    ReplyDelete
  4. salam kak wattie, camtu ek nak buat kulit pie? macam tak susah mana (heheh ye la tu kan, macam senang cakap je :P)...hihihihi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak..buat saiz cumel2 macam ni bagi senang budak2 nak bawa bekal ke sek juga....

    ReplyDelete
  6. salam watie..akak x pernah buat pie sendirk..nanti mau cuba juga..sedap eh nampak...dgn saiz yg kecik chomel ,..budak2 memang tertarik nak makan

    ReplyDelete