Pages

Monday, December 3, 2012

Tempahan Durian Crepe yang bagaikan durian runtuh....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 
 Repeat order daripada Haris n Nana serta Mastura.



Untuk mengisi stok durian crepe yang sudah ketandusan, hubby membawa saya dan anak anak meronda di sekitar Bukit Mertajam, terus ke Kulim. Katanya, sebelah sana durian cantik dan elok kejadiannya. Memang benar, sepanjang jalan ke sana, banyak sungguh kelihatan orang menjual durian dari pelbagai bangsa. Semestinya saya singgah di gerai orang Melayu, itu perkara wajib yang akan saya lakukan, kecualilah jika tiada pilihan lain. Saya sentiasa ingin mendahulukan bangsa Melayu walaupun harganya agak mahal, saya sentiasa ingin menolong bangsa Melayu, jiwa keMelayuan saya amat tinggi. Saya ingin menjadi seperti bangsa Cina yang begitu tinggi semangat kebangsaan mereka, yang sentiasa membantu bangsanya walau dalam apa keadaan sekalipun, semangat yang seperti inilah yang sepatutnya ada dalam setiap daripada diri kita. Aikkkk......apahal dah tersasul ke semangat kebangsaan pulak....hehehe, jangan mare...


Balik rumah, saya kerah anak anak buat kerja, hehehe.....Satu famili gotong royong mengopek dan menggeluarkan isi durian, saya buat juga sikit sikit tapi gunakan sudu dengan garfu, huhuhu, takut tangan berbau durian dan payah hilang baunya nanti...... Anak anak saya semua makan durian kecuali anak yang kedua, masuk bilik, terus tutup pintu sebab tak tahan bau durian...... hehehe.


Selain warna hijau dan kuning, mencuba pula warna merah. Sekadar ingin melihat kelainan dan kesesuaian warna. Walaubagaimanapun warna hijau dan kuning tetap menjadi  warna yang paling popular. 
Separuh dari crepe ini sudah dihantar kepada Haris n Nana di Carrefour Seberang Jaya, tak sempat nak ambil gambar. Lepas hantar crepe, balik rumah sambung mengcrepe lagi. Nak masuk senja baru siap. Sakit juga pinggang ni melenggang crepe yang ala ala lenggang kangkung, kena ayu ayu gitu.


Terimakasih banyak diucapkan buat Mohd Haris n Nana. Kata Haris, makan crepe ni macam tak boleh nak berhenti, mungkin akan tempah lagi. Terimakasih juga buat Mastura serta temannya Nurul Aini, yang menempah sampai 12 pek, hehehe.....kenduri ker Nurul....


Harap semuanya berpuashati, jika ada sebarang kekurangan,  harap dimaafkan.

5 comments:

  1. Assallamualaikum kak wattie. Wah, akk pun pulun mengcrepe ye..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...sy setuju ttg smgt melayu tu..br la bangsa kita bole kuat kan! slmt mengcrepe!

    ReplyDelete
  3. Aduiiii Wattie memang hebat melenggang! Amie seco'et tu pun rasa tak tahan nak berdiri lama-lama... tabik springlah Wattie... rezeki!

    ReplyDelete
  4. Assalam kak wattie,
    waduh mana2 kita tengok durian crepe ni ya..Bayangkan kita ni tak makan durian yang dibuat kuih..then bila tengok kat facebook rata2 durian crepe ni..kat blog pun ramai tayang durian crepe sampai kita mimpi makan durian crepe!!!..kena paksa pulak tu..adeh!!!

    ReplyDelete
  5. salam kak wattie, saya dr sini pandang telan air liur je la durian crepe melanda msia..huhuhuhu

    ReplyDelete